Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “January 13, 2010”

4 Amalan Menaikkan Darajat Syurga

Ibn Hanbal, meriwayatkan dengan sanad sahih, dari Ibn ‘Asib r.a., Sabda Rasulullah saw, “Darajat ialah menyebarkan salam, memberi makan, menyambung rahim yang diputuskan, solat malam ketika manusia tidur.” Ibn Sa`d.

Tips Supaya Anak Cerdik dan Cergas

By: Abu ‘Azzam Abid ibn Muhammad Nur ibn Shakur Annuriyy (FB Hareez Faqiir).

Selain faktor genetik, kelembapan anak disebabkan gangguan syaitan sebagaimana yang sabit hadith2 Nabi saw. (spt hadith kencingan syaitan dan hadith sesungguhnya syaitan berlari dalam diri kamu seperti  mengalirnya darah. Ibn Hanbal, Muslim , al-Bukhari al-Adab al-Mufrad, Abu Dawud, Abu Ya`la al-Mawsili)

Antara amalan yang membuat anak2 cergas cerdik ialah

1. Membaca doa sebelum tidur, serta membaca satu surah
dari al-Quran cthnya al-Sajdah, alMulk atau al-Takathur
2. Solat witir 1 rakaat sblm tidur, tasbih tahmid takbir
100kali
3. Membaca doa bangun tidur
4. Solat 2 rakaat tahajjud, atau tahajjud antara maghrib isya’
5. Berwudhu’, solat sunat subuh dan solat fardu Subuh
6. Makan dan minum dengan doa
7. Keluar rmh ke sekolah dengan doa (bismillah, tawakkaltu ;alaLLAh…doa isti`azah dari 8 perkara buruk: an adilla aw udalla…hadith Abu Dawud)
8. Menaiki kenderaan dengan doa (subahanallazi sakhkhara lana haza..)

9. Menutup mulut ketika menguap

10.Belajar bahasa Arab kerana bahasa Arab mencerdaskan akal spt kata  ‘Umar al-Khattab r.a.

Hasilnya, anak akan cergas dan bersih hati. Sekiranya tidak, maka anak akan merasa malas, mengantuk, kotor hati. (Sahih, hadith Ibn Mas`ud, dari Nabi saw).

Post Navigation