Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “January 12, 2010”

Larangan Mengganggu Imam Ratib

Menghormati Imam Ratib
Sunnah Tentang Hukum Imam

Al-Imam Abu ‘Isa al-Tirmidhi meriwayatkan (dengan sanad hasan sahih) dari Malik ibn al-Huwayrith r.a., saya medengar Rasulullah saw bersabda, “Apabila seseorang dari kamu menziarahi sesuatu kaum, maka janganlah mengimamkan mereka. Hendaklah menjadi imam itu ialah salah seorang dari mereka.”
Sunan al-Tirmidhi, al-Sunan , Kitab al-Solah, berkata al-Tirmidhi, Hasan sahih, hadith 324.

Pengajaran dan Fiqh al-Hadith

1.Apabila seseorang naik menjadi imam ketika ketiadaan imam ratib (imam yg dilantik), tiba-tiba imam ratib muncul (tiba), maka hendaklah ia berundur dan mempersilakan imam ratib itu mjd imam.
2.Penghormatan imam ratib disyariatkan supaya tidak merosakkan system, menimbulkan kekacauan dan ketegangan.
3.Jangan tamak menjadi imam walau anda hafiz, dan imam di tempat anda.
4.Jangan menjadi imam di kawasan orang lain walaupun dipersilakan orang. Ini mazhab Imam Ibn Rahawayh dan ini lebih menepati zahir hadith. Dalam Mazhab Shafi`ei, harus mjd imam di tempat di masjid orang lain apabila dipelawa.
5.Tuan rumah lebih berhak menjadi imam di dalam rumahnya. Seorang penguasa (perdana menteri, menteri besar, pegawai daerah) mjd imam di kawasaan masing2 dan jangan mengambil tempat mereka dgn mjd imam. Ini adalah sunnah.

3 PENGHAPUS DOSA

Dari Abi ‘Asib r.a., Rasulullah saw bersabda, “al-Kaffarat : 3 perkara yang menghapuskan dosa-dosa;
1. iktikaf di masjid selepas solat (dengan berzikir, membaca al-Quran)
2. berjalan kaki ke masjid untuk solat jamaah
3. berwudhu’ ketika susah (sejuk, malas, mengantuk).
Riwayat Ibn Hanbal, Hadith Sahih, Lihat Sahih al-Jami` al-Saghir.

Kesalahan Ulama

Antara tanda Ahl Sunnah ialah menutupi kesalahan ulama agar masyarakat tidak menolak agama. Para imam hadith meriwayatkan dengan sanad sahih, dari Aishah, Nabi saw bersabda, “Tutupilah kesalahan2 ulama’  kecuali apabila mereka melakukan jenayah hudud.” Hadith Sahih.

Riwayat al-Shafi`ei, al-Umm, 7/368; al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad, Nasaei, al-Kubra, hadith 7254.

3 Penghapus Dosa

Dari Abi ‘Asib r.a., Rasulullah saw bersabda, “al-Kaffarat : 3 perkara yang menghapuskan dosa-dosa;

1. iktikaf di masjid selepas solat (dengan berzikir)

2. berjalan kaki ke masjid untuk solat jamaah

3. berwudhu’ ketika susah (sejuk, malas, mengantuk).

Riwayat Ibn Hanbal, Hadith Sahih, Lihat Sahih al-Jami` al-Saghir.

Wanita Solat Di Masjid

Dari Ibn ‘Umar, Rasulullah saw bersabda, “Izinkanlah wanita2 bersolat di masjid2 pada waktu malam.” Hadith sahih.

Riwayat al-Imam Ahmad, al-Tayalisi, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidhi, dll.

Oleh itu, ternafilah pendapat batil yang mengharamkan wanita bersolat di masjid.!!

Post Navigation