Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “January 11, 2010”

Tazkirah Untuk PM

Tazkirah Untuk PM

Ingatlah Allah yang menggenggam langit dan bumi, memeliharanya dari hancur.

YAB PM perlu tazkiyah (pembersihan diri), wajib datang kepada Allah, pencipta kamu, dan takut kepadaNya. Lalu kamu bahagia dengan kebahagiaan abadi di dunia dan di akhirat.

Ingatlah  Allah yang mencipta seluruh alam, dan pemilik seluruh alam, pengurus seluruh alam. Pemilik langit dan bumi, pemlik antara keduanya.

Allah adalah tuhan kamu dan tuhan semua, tuhan bapa, datuk, nenek moyang kamu. Dia tuhan timur dan barat.

Tiada sedikit pun agama yang benar sehingga kamu menegakkan hokum al-Quran (termasuklah hudud dan qisas)., memperbetulkan system perundangan dan pendidikan. (al-Ma’idah: 68)

Ingat, harta Negara bukan harta kamu, bukan harta bapa kamu atau isteri kamu. Bagaimana kamu akan berhadapan Allah di Akhirat??

Jangan kamu lantik menteri-menteri zalim dan bodoh, hakim2 mahkamah yang zalim dan bodoh. Lantiklah orang yang layak, taqwa, warak lagi berilmu.

Jangan hanya memikirkan dunia, nanti kamu rugi dunia akhirat, hancur dunia akhirat.

Sifat Ulama' Sebenar

Kegelinciran ‘Ulama

Al-‘Allamah Al-Imam Ibn al-Jawzi menulis dalam Sifat al-Sofwah. Ditanya al-Imam Ibrahim al-Nakhaei r.h.m. “Tuan guru kami terjatuh dalam kesalahan (dosa).! Adakah patut kami meninggalkannya?”

Berkata Ibrahim, “Nasihatilah ia dan jangan tinggalkan ia.”

Ulama Sebenar

Siapakah alim? Adakah pemegang2 ijazah PhD, Master ilmu syariah , tafsir, hadith, usuluddin itu ulama’?

Dalam surah al-Zumar ayat 9, Allah telah mensifatkan ulama sebanar.

1.taat beribadah pada waktu-waktu malam, sujud dan berdiri membaca ayat-ayat Allah

2.sangat takut gerun kepada Akhirat, hasil kenalnya ia kepada akhirat, mati, azab kubur, Mahsyar, Hisab, Mizan, Sirat, Haudh, Jahannam,

3.sangat mengharap rahmat Allah, keampunan dosa, mengharapkan syurgaNya.

4.sangat takut kpd Allah, membaca ayat-ayat Allah, menegakkan solat 5 waktu (khasnya berjemaah), infaq harta secara terangan dan sembunyi . (Surah Fatir: 29).

Berkata al-Imam Sayyid Qutb, “Maka mana2 alim yang tidak memiliki sifat ini, ia hanyalah pengumpul maklumat, bukan ulama.” Fi Zilal, 5, ms 3042.

Berkata al-Zamakhshari, “Yang dikehendaki ayat ini ialah orang2 yang tahu tentangNya, mengenalNya, sifat2Nya, keadilanNya, mentauhidkanNya, apa yang harus bagiNya, apa yang tidak harus bagiNya, lalu mereka mengagungkanNya dan membesarkanNya sebagaimana sepatutnya, takut kepadaNyadengan takut yang sebenar (dengan taat syariahNya). Sesiapa yang bertambah ilmu bertambahlah takut kepadaNya, sesiapa yang sedikit ilmu, maka ia lebih banyak mengharap (rasa selamat).” Lihat al-Imam al-Zamakhshari,  al-Kashshaf, Beirut: Dar al-Fikr, ms 3, ms 307.

Sayyid Qutb, Fi Zilal, jld 5, ms 3042. Dr. Solaah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, Taswibat Fi Fahm Ba`d al-Ayat, ms 201-203.; al-Zamakhshari,  al-Kashshaf, Beirut: Dar al-Fikr, ms 3, ms 307.

Majikan Hutang Stress

Peringatan untuk Majikan dan Ketua Jabatan

Ingat, kerja sehari hanya 8 jam, jangan memaksa para pekerja bekerja lebih masa. Sekiranya kamu menyuruh para pekerja lebih kamu mesti membayar gaji tambahan. Sekiranya tidak, kamu dikira zalim dan berhutang!!

Hutang amat bahaya di Akhirat

1.Tidak diterima amal salih apabila berhutang yakni amalnya tidak diangkat ke langit

2.diazab di dalam kubur

3.ruh tidak masuk ke dalam syurga kiranya ruhnya ruh yang salih

4.tidak masuk syurga walau mati syahid

Sabda Nabi saw, “al-‘Urafa’ fi al-Naar.”,  maksudnya “Para pemimpin dan pemegang amanah di dalam Neraka Jahannam.” Hadith sahih. Riwayat al-Imam Ahmad, disahihkan oleh al-Hafiz Ibn Khuzaymah.

Gangguan Seksual: Haram Menyentuh Perempuan

Islam telah mengharamkan gangguan seksual sejak ribuan tahun yang lalu.
al-Imam al-Tabarani dalam al-Kabir meriwayatkan dengan sanad sahih, dari Ma`qil ibn Yasar r.a., Rasulullah saw bersabda, “Sekiranya ditusuk kepala kamu dengan jarum besi, itu lebih baik dari menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.”

Berkata al-Hafiz al-Haythami, perawi2nya adalah perawi2 sahih. al-Suyuti, al-Jami` al-Kabir.

Post Navigation