Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “January 10, 2010”

4 Permintaan Ubai ibn Ka`b r.a.

Ubai seorang sahabi,

al-Imam Ahmad dan al-Hafiz Abu Ya`la mengisnadkan, Abu Sa`id berkata. Seorang lelaki bertanya kepada Rasululah saw. “Wahai Rasulullah. Apa makna penyakit2 yang menimpa kita ini?”

Rasulullah berkata, “Kaffarat (penghapus dosa2).”

Lalu Ubay berdoa kepada Allah agar ditimpa demam panas sehingga kematiannya tanpa menghalangnya dari 4 perkara, dari haji, ‘umrah, jihad di jalan Allah dan solat fardu berjamaah. Hadith sahih.

Berkata al-Haythami, perawi-perawinya semuanya thiqah.

Kewafatan Abu al-Darda'

al-Imam Ibn Abi Shaybah mengisnadkan dalam al-Musannaf al-Kitab,

Ketika menjelang kematiannya, Abu al-Darda’ r.a. berkata, “Bawalah saya ke masjid!”  Lalu orang ramai membawanya menuju ke masjid. Kemudian Abu al-Darda’ berkata, “Dengarlah dan sampaikanlah kepada orang-orang di belakang kalian.
Peliharalah 2 solat ini Subuh dan Isya’ berjemaah. Sekiranya kamu tahu kebesaran keduanya, nescaya kamu pasti mendatanginya walau merangkak dengan tangan dan lutut kamu.”

al-Musannaf, jld 1, ms 332.

Post Navigation