Sa`id al-Musayyab, Imam wa Sayyid al-Tabi`in. Beliau solat awal waktu di masjid selama 40 tahun dan berpuasa setiap hari. Beliau tidak menerima pemberian sesiapa pun. Keilmuannya diiktiraf oleh para sahabat, paling alim ttg ilmu Abu Bakr dan ‘Umar.
Ibn Sa`d dalam al-Tabaqat al-Kubra menulis.
Satu ketika Sa`id sakit teruk pada matanya. lalu dikatakan kepadanya “pergilah ke ‘Aqiq untuk melihat tumbuhan hijau agar menjadi baik matamu.”
Sai`d berkata, “Bagaimanakah dengan solat Isya’ dan subuh berjemaah (di Masjid Nabi).?”
Disebutkan bahawa matanya sakit teruk sehingga buta. Selama 40 tahun beliau telah berada dalam masjid ketika azan dilaungkan.
Solat jamaah amat besar di mata salaf sehingga menangisi diri mereka selama 7 hari apabila terlepas solat jamaah. Sekiranya tiada kelebihan solat jamaah melainkan nilainya seperti nilai satu dan umrah, maka itu pun sudah memadai.
Sa’id berkata, “Janganlah kamu melihat kepada pembantu2 (pegawai2) orang zalim melainkan dengan inkar dalam hati kamu, agar tidak gugur amal2 salih kamu.” “Tiada kebaikan bg org yg tidak mahu mengumpul harta yang halal, membelanjakannya pada yang hak dan memelihara wajahnya.”
Wafat tahun 95H.
Wassalam