Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “January 8, 2010”

Masuk Syurga Tanpa Hisab

Bismilah

Hisab Akhirat amat berat dan panjang di Mahsyar iaitu satu bersamaan 50,000 tahun di dunia seperti yang sabit dalam hadith2 sahih. Matahari didekat di atas kepala sejauh sejengkal atau 2 jengkal.

Memasuki syurga tanpa hisab mempunyai syarat-syarat yang ketat iaitu tauhid yang benar dan iman yang sahih, tidak ramai manusia yang berjaya masuk syurga tanpa hisab dan azab melainkan golongan yang disebut oleh Allah SWT sebagai wali2Nya yang “sabiqun muqarrabun”, hatta orang2 solih (as-habul yamin) akan dihisab

Antara syarat-syaratnya ialah;-

1. Memelihara solat 5 waktu berjemaah (al-Tabarani). Dan mereka itu paling cepat ke masjid.

2. Paling cepat dalam segala fardu, paling cepat keluar berjihad, dan paling cepat meninggalkan segala yang haram. Infaq harta ketika senang dan susah, menahan marah dan memaafkan kesalahan manusia. Apabila terjatuh ke dalam maksiat segera teringat kepada Allah, istighfar dan bertaubat kepada Allah, tidak mengulangi dosa-dosa. Diserukan pada Hari Qiyamat, Dimanakah ahli ma`rifah? Dimanakah golongan muhsinun?
3. Zuhud di dunia, berjihad melawan nafsu kerana Allah, beribadat malam dan sentiasa berpuasa siang (kecuali hariraya dan tashriq). Di dalam Tazkirah al-Qurtubi disebutkan bahawa antara yang memasuki syurga tanpa hisab ialah yang hanya mempunyai satu periuk di rumahnya. Di dalam hadith, “Di manakah orang yg jauh badan mereka dari tempat tidur mereka?…”. Lalu mereka masuk syurga tanpa hisab dan azab. Lalu Nabi saw membacakan ayat 16 surah al-Sajdah.
4. Sabar dalam kefakiran, penyakit2 dan ketika perang (al-Baqarah: 177)
5. Tidak pernah mendatangi bomoh dukun, tidak mempercayai kesialan (tatayyur), tidak berubat secara kayy (api), bertawakkal penuh kepada Allah. Sahih muttafaq ‘alayh.

6. Menjalankan kewajipan dakwah dengan istiqamah dan mati dalam dakwah seperti Habib al-Najjar. Lihat tafsir surah yasin.

7. Mencegah munkar pemerintah zalim dan menyuruhnya melakukan yang makruf (syariah), lalu ia dibunuh. Hadith sahih.

8. Tidak terleka dengan dunia, perniagaan dan jual beli dari banyak berzikir kepada Allah, menegakkan solat jamaah, memberikan zakat, berpuasa dan mengingati Akhirat. Surah al-Nur: ayat 3-38. Hadith riwayat Ibn al-Mubarak dari Ibn ‘Abbas (mawquf) dan Ibn Abi Hatim dari Asma’ Binti Yazid r.anha. dari Nabi saw.

Di dalam hadith sahih disebutkan bhw mereka itu dapat memberi syafaat kepada ibubapa dan kaum keluarga mereka. Antaranya ‘Ukkashah ibn Mihson r.a.

Tanda Nifaq

al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya mengisnadkan dalam kitab Qiyamullayl wa al-Tahajjud dari Qatadah berkata,

“Jarang sekali orang munafiq itu bersolat malam.”

DArs wa ‘IBRAH

1. Ikhlas bangun solat malam tanda iman dan dapat membuang satu sifat nifaq.

Antara Mukmin dan Munafiq

al-Imam Ibn al-Mubarak r.a. mengisnadkan Rasulullah saw bersabda,

“Mukmin itu mencari-cari  ma’azir (alasan2 utk memaafkan kesalahan suadaranya yang mukmin), dan munafiq itu mencari-cari  ‘atharat (aib-aib dan keburukan mukmin).”

al-Imam al-Shafiei, r.a., “Apabila seseorang itu kebaikannya lebih banyak dari keburukannya, maka dia adalah thiqah!”

3 Tanda Mukmin Sunni

1. Semua firqah dan aliran di dalam Neraka kecuali Ahl Sunnah.
2. Ahl Sunnah menghormati 3 golongan yang berjasa kepada Islam iaitu ulama’, imam-imam yang adil, dan orang2 Islam yang telah tua.

3. al-Imam al-Hafiz Abu al-Qasim al-Tabarani mengisnadkan dari Abu Umamah al-Bahili r.a., Rasulullah aw bersabda, “3 golongan tiada yang menghinakan mereka melainkan munafiq,
ahli ilmu,
muslim yang telah tua beruban
pemimpin yang adil. (Sahih. Lihat al-Targhib, al-Imam al-Mundhiri)

Post Navigation