Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Mohon Solat Jumaat

Jawatan Kuasa Surau al-Siddiq,
Bandar Seri Iskandar,
32610 Bandar Seri Iksnadar,
Perak.
1 Jan 2010.

Y.B. S.S Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani bin Hj Zakaria, SPMP.DPMP,JSM.AMN,PKT,PJK.
Mufti Negeri Perak
Pejabat Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan
Tingkat 2 Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan.

YB Sahibus Samahah Dato Seri,
Assalamualaikum wbt.

MEMOHON MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT

Perkara di atas adalah dirujuk.

1.Jawatankuasa telah bersetuju untuk mengajukan permohonan untuk mendirikan solat Jumaat di Wakaf Masjid, Surau al-Siddiq, Bandar Seri Iskandar. Ini kerana bebrapa factor berikut:-

i. Penduduk di sini sudah cukup ramai iaitu terdapat 8 seksyen (Persiaran Iskandar Perdana dan Pekeliling Iskandar Perdana) dan juga Taman Iskandar Bistari, di mana jumlah lelaki aqil baligh mencapai lebih 3000 orang termasuk pelajar-pelajar remaja dan murid-murid sekolah kebangsaan.
ii. Penduduk di sini adalah bermukim, berbanding Uitm yang tidak bermukim. Di sini terdapat banyak deretan rumah kedai termasuk pasaraya dan pasarmini, 3 taman permainan kanak-kanak, sebuah sekolah kebangsaan dan satu padang bola sepak. Oleh itu, adalah kurang sesuai apabila penduduk yang bermukim terpaksa bersolat di qaryah lain.
iii. memudahkan jamaah untuk hadir solat jumaat kerana selama ini kami terpaksa ke Masjid Universiti Teknologi Petronas, dan Masjid Daerah atau SMKA Sutan Azlan Shah.
iv. mengelakkan mana-mana muslim meninggalkan solat Jumaat dengan alasan berjauhan dari masjid
iv. kesesakan jalan raya dan lampu isyarat mengundang bahaya.
v. pekerja-pekerja kilang di sini (Taman Teknologi) dapat menunaikan solat Jumaat dengan mudah tanpa gagal.

2.Pihak jawatankuasa al-Siddiq amat berharap agar pihak Jabatan Mufti Negeri Perak mempertimbangkan permohonan ini demi memberikan sedikit keselesaan kepada penduduk di sini.

Segala keprihatinan pihak Sahibus Samahah Dato’ Seri Mufti, dan Jabatan Mufti, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian terima kasih , wassalam.

Yang Benar,
………………..,
Abid Abdullah Bin Muhammad Noor,
Pengerusi Surau al-Siddiq,
Bandar Seri Iskandar.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: