Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Islah Masyarakat dan Negara

Islah masyarakat dan negara tidak berlaku dengan ‘meng-islah’ beberapa individu atau membina sebiji dua sekolah agama. Membina beberapa sekolah agama (walaupun sangat besar nilainya dan sangat dihargai) tidak dapat menjayakan islah dan tajdid, belum cukup untuk menghidupkan Islam.

Tambahan pula silibus sekolah agama swasta belum cukup memuaskan (sbg cth tiada subjek hadith secara khusus atau ilmu aqidah ahli hadith). Sekiranya guru2 kurang kursus pedagogi dan latihan2 pendidikan takhassus, itu pasti menambahkan kesedihan.

Kerana apa maknanya 40-50 orang yang solat, atau 3 orang (seperti di masjid2 dan surau2, bahkan banyak juga surau dan masjid yang mati) sedangkan jutaan manusia lagi dibiarkan dalam fahsya’, munkar dan maksiat? Tidak syak lagi segelintir manusia yang telah ‘beragama’ akan turut tenggelam dalam lautan munkar yang berleluasa. Dalam hadith sahih, “Ya Rasulullah, adakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang2 salih?

Nabi menjawab, “Ya! Apabila telah berleluasa kerosakan.” (Riwayat al-Bukhari).

Tetapi ini bukanlah menafikan keperluan mewujudkan sekolah2 agama kerana itu satu kewajipan.

Islah itu berlaku dengan memperbetulkan sistem secara keseluruhan, sistem pendidikan, sistem pentadbiran dan sistem perundangan juga sistem ekonomi ribawi zalim.

Apa yang berlaku, hampir semua jawatan pentadbiran diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya! Hatta pengerusi2 masjid diambil dr kalangan pemabuk dan kaki judi (mutawatir: stp kaki masjid tau hal ini), sepatutnya dilantik orang alim dan salih. Qadi juga dipilih dari kalangan yang tidak ke masjid, atau tidak berjanggut (hanya sbg cth).

Imam masjid dipilih dari kalangan yang gagap dan telor, atau mengaji sekadar SPM, atau askar pencen, polis pencen. Bahkan di sesetengah tempat dilantik imam indon, sedangkan ustaz-ustaz kita ramai yang hebat dan hanya kais pagi makan pagi.

Islah dengan 2 perkara

1. Aqidah al-Quran , undang2 al-Quran

2. Menegakkan solat secara serius (Surah al-A`raaf: 170).

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: