Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “January 8, 2010”

Aqidah al-Imam al-Shafi`i

Berkata al-Imam al-Shafiei r.a.,

أخبرنا مالك عن هلال بن أسامة عن عطاء بن يسار عن عُمَر بن الحَكَم قال‏:‏ ‏(‏ أتَيْتُ رسولَ اللهِ بِجَارِيَةٍ، فَقُلْتُ‏:‏ ياَ رَسُولَ اللهِ، عَلَيَّ رَقَبَةٌ، أَفَأَعْتِقُهَا‏؟‏ فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللهِ‏:‏ أَيْنَ اللهُ‏؟‏ فَقَالَتْ‏:‏ فِي السَّمَاءِ‏.‏ فَقَالَ‏:‏ وَمَنْ أَنَا‏؟‏ قَالَتْ‏:‏ أَنْتَ رَسُولُ اللهِ‏.‏ قَالَ‏:‏ فَأَعْتِقْهَا‏)‏ ‏[‏موطأ مالك‏:‏ كتاب العتق والولاء/1269؛ مسند أحمد‏:‏ باقي مسند الأنصار/22645؛ سنن النسائي‏:‏ كتاب الوصايا/3593‏]‏

Mengkhabarkan kepada kami Malik, dari Hilal ibn Usamah, dari ‘Ata’ ibn Yasar, dari Mu`awiyah ibn al-Hakam r.a. berkata, Saya datang kepada Rasulullah saw membawa sorang budak perempuan, lalu saya berkata, “Wahai Rasulullah , saya mempunyai seorang hamba (yang telah saya tampar), wajibkah saya  memerdekan ia?”

Rasulullah berkata kepada hamba itu, “Di manakah Allah?” Ia menjawab, “Di langit.” Rasulullah bertanya lagi, “Siapakah saya?” Ia menjawab, “Tuan adalah utusan Allah.”

Rasulullah saw bersabda, “Bebaskanlah ia , sesungguhnya ia perempuan beriman.” (Hadith sahih, Riwayat al-Shafiei, Malik, Ahmad dan al-Nasa`ei.)

Lihat al-Imam al-Shafiei, al-Risalah, Bab Ma Nazala ‘Amman Dallat al-Sunnah Khaassah ‘ala Annahu Yurad Bih al-Khaas, Bayan Fardh Allah Fi Kitabih Ittiba` Sunnati Nabiyyih.

Islah Masyarakat dan Negara

Islah masyarakat dan negara tidak berlaku dengan ‘meng-islah’ beberapa individu atau membina sebiji dua sekolah agama. Membina beberapa sekolah agama (walaupun sangat besar nilainya dan sangat dihargai) tidak dapat menjayakan islah dan tajdid, belum cukup untuk menghidupkan Islam.

Tambahan pula silibus sekolah agama swasta belum cukup memuaskan (sbg cth tiada subjek hadith secara khusus atau ilmu aqidah ahli hadith). Sekiranya guru2 kurang kursus pedagogi dan latihan2 pendidikan takhassus, itu pasti menambahkan kesedihan.

Kerana apa maknanya 40-50 orang yang solat, atau 3 orang (seperti di masjid2 dan surau2, bahkan banyak juga surau dan masjid yang mati) sedangkan jutaan manusia lagi dibiarkan dalam fahsya’, munkar dan maksiat? Tidak syak lagi segelintir manusia yang telah ‘beragama’ akan turut tenggelam dalam lautan munkar yang berleluasa. Dalam hadith sahih, “Ya Rasulullah, adakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang2 salih?

Nabi menjawab, “Ya! Apabila telah berleluasa kerosakan.” (Riwayat al-Bukhari).

Tetapi ini bukanlah menafikan keperluan mewujudkan sekolah2 agama kerana itu satu kewajipan.

Islah itu berlaku dengan memperbetulkan sistem secara keseluruhan, sistem pendidikan, sistem pentadbiran dan sistem perundangan juga sistem ekonomi ribawi zalim.

Apa yang berlaku, hampir semua jawatan pentadbiran diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya! Hatta pengerusi2 masjid diambil dr kalangan pemabuk dan kaki judi (mutawatir: stp kaki masjid tau hal ini), sepatutnya dilantik orang alim dan salih. Qadi juga dipilih dari kalangan yang tidak ke masjid, atau tidak berjanggut (hanya sbg cth).

Imam masjid dipilih dari kalangan yang gagap dan telor, atau mengaji sekadar SPM, atau askar pencen, polis pencen. Bahkan di sesetengah tempat dilantik imam indon, sedangkan ustaz-ustaz kita ramai yang hebat dan hanya kais pagi makan pagi.

Islah dengan 2 perkara

1. Aqidah al-Quran , undang2 al-Quran

2. Menegakkan solat secara serius (Surah al-A`raaf: 170).

Surat Kepada Pengetua dan Guru Besar

Akm wbt,.

Dekan-dekan, pengarah2, ketua2 jabatan, pengetua, guru besar, guru-guru agama yang dirahmati Allah

Tuan2 yang dihormati,

Sebagai pemimpin terdapat amanah berat dan kewajipan yang amat besar di bahu kalian.

1. Memperjuangkan al-Quran, kitabullah dan kalamullah yang ‘azim, termasuk Ilmu Tafsir, bahasa Arab, hadith, tahfiz dan undang2 al-Quran. Merujuk kepada al-Quran dan al-Hadith dalam setiap urusan dan masalah krn didlmnya ada jalan penyelesaian sebenar. Ini kewajipan terawal.

2. Menegakkan solat jamaah dan kalian menjadi imam sekiranya boleh. Solat jamaah adalah asas iman, fardhu ‘ain menurut Imam Shafi`ei, mengabaikannya punca segala fahsya’ dan munkar seperti yang termaktub dalam al-Quran.Solat adalah wajib. Meninggalkannya adalah kufur dan syirik (murtad) spt yg disabdakan oleh Nabi saw. Bahkan wajib dipenggal menurut syariah.

Sekiranya tetap sekular, abai dan berpaling, maka tanggunglah segala kerosakan generasi umat ini, dan azab yang berganda2 di Akhirat. Sekiranya cuai dan berpaling, maka kalian akan mati dan bertemu Allah dalam dosa fasiq, zalim, kafir dan munafiq, maka kalian menanggung segala dosa setiap pelajar yg rosak, dan azab di dalam Api Neraka Jahannam yg amat dahsyat.

Zina, rogol, bohsia bohjan, dating haram, anak zina, pembunuhan bayi, syirik, derhaka ibubapa, memukul guru, keruntuhan akhlak dan dadah akan bertambah2, sehingga pusat pemulihan dan serenti tidak dapat lagi menampung jumlah kerosakan yang ditanggung.SoLAT!!SOLAT!!

Kata2 siapa lagi yang hendak dipercayai selepas kata2 Allah?!!

Kepada Para Dekan dan Ketua Jabatan

Akm wbt,.

MB, Pegawai-pegawai daerah, Dekan-dekan, ketua2 jabatan, pengetua, guru besar, guru-guru agama yang dirahmati Allah

Tuan2 yang dihormati,

Sebagai pemimpin terdapat amanah berat dan kewajipan yang amat besar di bahu kalian.

1. Memperjuangkan al-Quran, kitabullah dan kalamullah yang ‘azim, termasuk Ilmu Tafsir, bahasa Arab, hadith, tahfiz.

2. Menegakkan solat jamaah dan kalin menjadi imam sekiranya boleh. Solat adalah asas iman, mengabaikannya punca segala fahsya’ dan munkar seperti yang termaktub dalam al-Quran.

Sekiranya abai dan berpaling, maka tanggunglah segala kerosakan generasi umat ini, dan azab yang berganda2 di Akhirat.

In urid illa al-islah ma istata`tu, wama tawfiqi illah billah, wassalam.

Risalah Kepada PM

Assalamu ‘ala man ittaba`al huda, Amma ba`d,

YAB Perdana Menteri,

Nabi saw bersabda, “Sehari bersama pemimpin yang adil lebih utama dari ibadat 60 tahun.”

Untuk menghidupkan Islam, terdapat beberapa perkara besar mesti dilakukan;

1. Memperbetulkan sistem pendidikan negara sekular, dengan mewajibkan tahfiz al-Quran dan solat jamaah dari sekolah rendah hinggalah pendidikan tinggi. Seorang sahaja dari kalangan rakyat meninggalkan solat, YAB PM akan disoal di Akhirat.

2. Menukar perundangan sekular kepada Undang2 Islam termasuk Hudud dan Qisas. Hadith Nabi saw, “Satu hukum Hudud dilaksanakan di muka bumi lbh baik dari hujan 30 atau 40 hari.”

3. Membuang sistem ekonomi kapitalis ribawi, memakai sistem ekonomi islam sepenuhnya.

4. PM mjd imam di masjid Putrajaya, begitu juga MB2 semuanya menjadi imam solat Jumaat dan 5 waktu serta berkhutbah. Semoga diberkati Allah.

wassalam.

Sifat Munafiqin

Orang-orang munafiq boleh dikenali dengan tanda-tanda (penampilan) dan gaya kata-kata mereka.
وَلَوْ نَشَاءُ لأَرَيْنَاكَهُمْ فَلَعَرَفْتَهُمْ بِسِيمَاهُمْ وَلَتَعْرِفَنَّهُمْ فِي لَحْنِ الْقَوْلِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ أَعْمَالَكُمْ (محمد:30)
“Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan mengenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya. Dan (ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui segala yang kamu lakukan.” Muhammad : 30
Tidak akan berkumpul cinta jihad dan nifaq…
“…mereka tidak ditimpa kehausan, tidak juga kelelahan, dan tidak juga kelaparan di jalan Allah dalam meninggikan agama Allah, dan mereka tidak memijak tempat tinggal orang-orang kafir sehingga orang kafir menjadi marah…” (Surah al-Tawbah: 120)
Antara sifat nifaq yang paling jelas ialah
1. maradh al-qalb (sakit jiwa) : iaitu dalam hati mereka nifaq, syakk dan kufur. sehingga tidak melihat yang benar itu sebagai benar.
فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
“Dalam hati mereka ada penyakit…” (al-Baqarah: ayat 10). antara lain ialah maradh shahwah (gila seks) tidak boleh mendengar suara wanita atau tubuh mereka. Adapun mu’min yang bertaqwa maka hatinya saliim (al-Shu’ara’: 89) yakni bersih dari sebarang syirik dan shakk kepada Allah, Qiyamat, dan kebangkitan dari kubur (Muhammad ibn Sirin). yakni tawhidnya bersih tiada di dalamnya syirik besar atau kecil. Berkata al-Dahhak yakni tawhid yang khalis, (bersih dari kepercayaan syirik, bid’ah dan khurafat). Berkata ‘Abd al-Rahman al-Sa’di, “bersih dari syak dan syirik, cinta kejahatan, tegar dalam bid’ah, dan dosa-dosa, penuh dengan tawhid, yaqin, ilmu, cinta kebenaran, kehendakna dan cintanya mengikuti kehendak Allah dan cintaNya, hawanafsunya mengikuti segala yang datang dari Allah.”
Dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Azim Ibn Kathir menukilkan dari Ibn ‘Abbas, hati yang salim bermakna datang kepada Allah dengan Laa ilaha illa Allah, tidak suka melaknat (‘Urwah) dan selamat dari syirik (al-Hasan).
2. Melakukan kerosakan di muka bumi (al-ifsad fi al-ardh). (al-Baqarah: ayat 11) Meninggalkan solat dan mengajak kepadanya, mengajak meninggalkan Kitabullah.
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لا تُفْسِدُوا فِي الأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ
“Dan apabila dikatakan kepada mereka, jangan kamu melakukan kerosakan di muka bumi, mereka berkata sebenarnya kami adalah orang2 yg membaikkan.” al-Baqarah ayat 11. fasad ialah kufur dan maksiat (kata2 dan perbuatan maksiat), dan menyuruh kepada maksiat. Fasad munafiqin ialah kerana kufur, syak mereka, takzib, mukhada’ah mereka kepada Allah dan rasul dan orang2 beriman, muwalat mereka kepada kuffar, permusuhan mrk kpd pejuang2 agamaNya, tahkim mereka kepada selain kitabullah.
3. Menuduh orang2 beriman sebagai bodoh. (ayat 13)
وإذا قيل لهم آمنوا كما آمن الناس، قالوا أنؤمن كما آمن السفهاء ألا إنهم هم السفهاء ولكن لا يعلمون
“Dan apabila dikatakan kpd mereka berimanlah sebeimana orang lain briman mrk berkata adakah patut kami beriman spt berimanya org2 yg bodoh?… ” ayat 13.
hakikatnya mereka lah yang bodoh, kerana tidak menyedari kesesatan mrk dan kejahilan mereka.
4. Pandai berkata-kata tentang dunia tetapi hatinya sangat kuat menentang Islam, sangat keras dalam perkelahian (kununnya hendakkkan Allah dan Rasul, Islam dan kebenaran) dan sombong dengan dosa tidak menerima nasihat taqwa.
ومن الناس من يعجبك قوله في الحياة الدنيا ويشهد الله على ما في قلبه وهو ألد الخصام. وإذا تولى سعى في الأرض ليفسد فيها ويهلك الحرث والنسل والله لا يحب الفساد. وإذا قيل له اتق الله أخذته العزة بالإثم فحسبه جهنم ولبئس المهاد} سورة البقرة الآيات: 204-206.
bentuk khusumah mrk ialah menipu, menuduh, mendustakan kebenaran, dan melakukan fujur “wa iza khasama fajar.” Fasad di sini umum termasuk membunuh manusia, binatang secara batil dan membakar tanaman spt perbuatan al-Akhnas al-Thaqafi. ia halif bani Zuhrah, ia datang kepada Nabi saw lalu Nabi takjub kepada kata-katanya yang menginginkan Islam, kebenaran dan kejujuran. Apabila pulng dia membakar ladang2 muslimin, dan membunuh kuda2/keldai2 muslimin. Ia adalah pengumpat dan pencela (humazah lumazah), hallaf mahin, ‘utull zaniim (al-Qalam: 10-13). Ini pertama
Kedua, ada ulama yang mengatakan bhw ayat turun berkaitan munafiqin yg mengutuk muslmin yang terbunuh dalam peristiwa raji’satu tempat antara Makkah dan Madinah. Khubayb, ‘Asim, Marthad r.a.,
فقال رجال من المنافقين: يا ويح هؤلاء المقتولين الذين هلكوا هكذا! لا هم قعدوا في بيوتهم، ولا هم أدَّوْا رسالة صاحبهم! فأنـزل الله عز وجلّ في ذلك من قول المنافقين، وما أصاب أولئك النفر في الشهادة والخير من الله: ” ومن الناس من يعجبك قوله في الحياة الدنيا ” = أي: ما يُظهر بلسانه من الإسلام =” ويشهد الله على ما في قلبه ” = أي من النفاق-
Beberapa orang munafiqin berkata, “Alangkah sia2nya mrk yg terbunuh itu, mrk tidak dapat tinggal berehat di rumah, tidak pula berjya menunaikan risalah tuan mereka.! Lalu Allah menurunkan ayat ini berkaitan munafiqin, dn menyatakan bhw mrk xsia2 bahkan mati syahid dan dapat pahala dan syurga dari Allah.
Ada ulama mengatakan bhw ayat ini berkaitan semua munafiqin, dia menyksiakn kpd Allah apa yg ada dlm hati nya yg menyalahi zahir dan batinnya. Sa’id al-Maqburi berkta, Dlm sesetengah kitab, “Seungguhnya ada hamba2 Allah yang lidah mrk lbh manis dari madu, hati mrk lbh pahit dari sabir (jadam), hati mrk hati serigala, memakai pakaian bulu kambing yg licin, mencari dunia dengan agama (menyesatkan),
Berkata ‘Ata’, “ia berkata sesuatu (kunun beriman kpd Allah dan RasulNya) tetapi hati lain, dan Allah mengetahuinya.”
aladdu al-khisam; zalim, tidak jujur dalam perdebatan, menipu,
Hari ini termasuk fasad ialah pelacuran, arak, judi, riba, rasuah, cukai2, tol, sistem pendidikan jahiliyyah dan perundangan jahiliyyah.
wa iza tawalla : keluar pulang, atau ghadiba (marah), li yufsida fiha antara tafsirannya : merompak, memutuskan silaturrahim, membunuh muslimin (kunun utk mendekatkan diri kpd Allah),
5. muwalat kafirin dan menunggu ketewasan muslimin
بشر المنافقين بأن لهم عذاباً أليماً. الذين يتخذون الكافرين أولياء من دون المؤمنين أيبتغون عندهم العزة فان العزة لله جميعاً
al-Nisa’: 137-138.
الذين يتربصون بكم فان كان لكم فتح من الله قالوا ألم نكن معكم، وإن كان للكافرين نصيب قالوا ألم نستحوذ عليكم ونمنعكم من المؤمنين فالله يحكم بينكم يوم القيامة ولن يجعل الله للكافرين على المؤمنين سبيلا} سورة النساء 40
6. Khida’ (menipu Allah), riya’ dan takasul dalam ibadat,menipu orang-orang beriman.
لمنافقين يخادعون الله وهو خادعهم وإذا قاموا الى الصلاة قاموا كسالى يرؤون الناس ولا يذكرون الله إلا قليلا. مذبذبين بين ذلك لا إلى هؤلاء ولا إلى هؤلاء ومن يضلل الله فلن تجد له سبيلا} سورة النساء الآية: 142.
7. at-Tahakum ila at-taghut (berhukum kepada taghut) yakni berhukum kepada yang batil selain Kitab dan Sunnah, spt bomoh2, dukun2, pemimpin2 sesat, yg melasanakn undang-undang jahiliyyah.
ألم تر الى الذين يزعمون أنهم آمنوا بما أنزل إليك وما أنزل من قبلك يريدون أن يتحاكموا الى الطاغوت وقد أمروا أن يكفروا به ويريد الشيطان أن يضلهم ضلالا بعيداً. وإذا قيل لهم تعالوا الى ما أنزل الله والى الرسول رأيت المنافقين يصدون عنك صدوداً. فكيف إذا أصابتهم مصيبة بما قدمت أيديهم ثم جاؤوك يحلفون بالله إن أردنا إلا احساناً وتوفيقاً. اولئك الذين يعلم الله ما في قلوبهم فأعرض عنهم وعظهم وقل لهم في أنفسهم قولا بليغاً} سورة النساء الآيتان: 59-60
8. al-ifsad bayna al-mu’minin iaitu mengintip dan melaga2kan orang2 beriman.
لو خرجوا فيكم ما زادوكم إلا خبالا ولأوضعوا خلالكم يبغونكم الفتنة وفيكم سماعون لهم والله عليم بالظالمين} سورة التوبة الآية: 47
Mungkin adakalanya org2 beriman bersedih kerana golongan tertentu tidak bersatu dan menyertai mereka, bekerjasama dengan mrk,keranna menyangka mrk tu dari kalangan beriman juga, atau boleh memberi manfaat. sebenarnya Allah lebih mengetahui sekiranya mereka itu turut serta pasti mereka memecahkan belahkan kesatuan muslimin, melkukan fasad (khabal) dengan namimah, tafriq, ikhtilaf, menyebarkan cerita2 palsu (arajif), menyemai kebencian dan fitnah. Sesetengah muslimin samma’un bg mereka, percaya kpd golongan munafiqin lalu terjadilah perpecahan.
9. menipu, takut dan benci muslimin
قال تعالى: {ويحلفون بالله انهم لمنكم وما هم منكم ولكنهم قوم يفرقون. لو يجدون ملجأ أو مغارات أو مدخلا لولوا إليه وهم يجمحون} سورة التوبة الآيتان:56-57.
Yang paling mereka benci ialah orang alim, pemimpin mu’min dan mu’min yang telah tua.
10. mencela ahli kebenaran, redha dan kebencian mrk kerana kepentingan diri mrk, bukan marah dan benci kerana Allah
ومنهم من يلمزك في الصدقات فإن أعطوا منها رضوا وان لم يعطوا منها إذا هم يسخطون} سورة التوبة الآية: 58.
mereka mengutuk ahli kebenaran kerana mereka tidak suka kebenaran dan keadilan.
11. menyuruh kepada munkar dan menghalang ma’ruf serta bakhil untuk sedekah dan jihad.
المنافقون والمنافقات بعضهم من بعض يأمرون بالمنكر وينهون عن المعروف ويقبضون أيديهم، نسوا الله فنسيهم إنّ المنافقين هم الفاسقون} سورة التوبة
الآية: 67
dalam al-Munafiqun ayat 7 Allah berkata,
هُمُ الَّذِينَ يَقُولُونَ لا تُنْفِقُوا عَلَى مَنْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّى يَنْفَضُّوا وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لا يَفْقَهُونَ
mereka suka agar kejahatan dan munkar berleluasa.
12. ghadr, khianat, dan tidak memenuhi janji, berbeza mu’min ia jujur dalam setiap kalimah.
ومنهم من عاهد الله لئن آتانا من فضله لنصدقن ولنكونن من الصالحين. فلما آتاهم من فضله بخلوا به وتولوا وهم معرضون. فأعقبهم نفاقا في قلوبهم الى يوم يلقونه بما أخلفوا الله ما وعدوه وبما كانوا يكذبون} سورة التوبة الآيات: 75-77،
Zahir ayat ini menunjukkan bahawa orang2 kaya yg tidak berkhidmat untuk Islam dgn harta adalah menipu dan mengkhianati Allah. Mereka adalah munafiqun.
13. mencela orang2 beriman, menghina mereka dan tidak redha satu pun dari malan mereka.
الذي يلمزون المطوعين من المؤمنين في الصدقات والذين لا يجدون الا جهدهم فيسخرون منهم سخر الله منهم ولهم عذاب أليم} سورة التوبة الآية: 79.
14. Tawasi saling berpesan2 agar meninggalkan jihad, kawan2 mereka senifaq dan orang2 beriman yg lemah iman.
فرح المخلفون بمقعدهم خلاف رسول الله وكرهوا أن يجاهدوا بأموالهم وأنفسهم في سبيل الله وقالوا لا تنفروا في الحر قل نار جهنم أشد حراً لو كانوا يفقهون} سورة التوبة الآية: 81.
mereka tidak berilmu (ma’rifat) , tidak faqih agama, meninggalkan iman dan gembira meninggalkan jihad, lupa atau jahil dengan kepanasan Jahannam
15. memudaratkan org2 beriman. mrk berselindung dengan perbuatan yang zahir baik dan disyariatkan spt membina masjid dan pertubuhan2 Islam kununnya sedangkan tujuan mrk adalah utk melemahkan Islam, menyembunyikan kekufuran, memecahbelahkan umat Islam.
والذين اتخذوا مسجداً ضراراً وكفراً وتفريقاً بين المؤمنين وإرصاداً لمن حارب الله ورسوله من قبل، وليحلفن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكاذبون. لا تقم فيه أبداً لمسجد أسس على التقوى من أول يوم أحق أن تقوم فيه، فيه رجال يحبون أن يتطهروا والله يحب المطهرين} سورة التوبة الآية: 107-108.
Ayat ini menunjukkan tentang perbuatan munafiqin yang membina masjid di sebelah Masjid QUba’.
RUJUKAN: Tafsir al-Imam Ibn Kathir, Tafsir Fi Zilal al-Qur’an Sayyid Qutb.

NIFAQ AMAL dan akhlaq.
1. Menipu, khianati amanah, mungkir janji, melampau dalam bergaduh, dan ghadr.
2. Membenci dan tidak menghormati pemimpin beriman (salih), orang ‘alim dan muslim yang telah tua.
3. Mengadu domba, namimah, menghasut,
4. Zalim ketika berkuasa dan tidak menegakkan syariah.
5. Melakukan ghulul
6. Tidak mengamalkan salam/penghormatan muslimin
7. Melakukan nuhbah (rampasan, cukai)
8. Tidak solat Jumaat dan jamaah
9. Tiada ukhuwwah dan cinta kerana Allah
10.Tidak beribadat/qiyamullayl pada waktu malam
11.Kecoh siang hari tidak memelihara lidah dari dosa2 dan lagha.
12.Memutuskan silaturrahim.
13.Perasan diri bersih dari nifaq
14.Melakukan qazaf
15.Menyuruh kepada munkar, menghalang yang ma’ruf
16.Tidak berjihad dan tidak pernah berniat untuk berjihad
17.Mengambil orang kafir atau fasiq sebagai pemimpin/kawan rapat
18.Lari dari majlis ilmu
19.Mengatakan kalimah kufur.
Dalam surah al-Ma’un disebut sifat mereka iaitu
1.
2.
3.
CARA2 MENYELAMATKAN DIRI DARI sifat2 munafiq.
1. Mempelajari semua ayat dan hadith berkaitan dengan nifaq dan munafiqin serta meninggalkan sifat2 nifaq tersebut, sehingga timbul rasa takut kepada nifaq. Tanpa ilmu, sifat2 nifaq tidak dikenanli dan xmungkin ditinggalkan
2. Berakhlaq dengan akhlaq mu’min yg sadiq lagi kamil spt sentiasa berkata benar, amanah, memenuhi janji, tidak fajir dalam pergaduhan, hadir solat jamaah, banyak berzikir, wara’ lidah,
إِلا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ فَأُولَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا
“Kecuali orang2 (munafiq) yang bertaubat, memperbaiki diri (sehingga terbukti), berpegang teguh dengan Allah (Kitab dan Sunnah), mengikhlaskan agama mereka hanya untuk Allah, maka mereka itulah bersama orang-orang beriman…” Surah al-Nisa’: ayat 146. Ini menunjukkan bahawa orang munafiq tulen masih boleh bertaubat.!
3. Berdoa, antaranya;-
i. doa dalam hadith Abu Hurairah r.a.
قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ : إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، كَانَ يَدْعُو : ” اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الشِّقَاقِ ، وَالنِّفَاقِ ، وَسُوءِ الْأَخْلَاقِ ” .
Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung denganMu dari sifat shiqaq, nifaq dan buruk akhlaq.
ii. doa dalam hadith Ummu Ma’bad ‘Atikah bint Khalid;
عَنْ أُمِّ مَعْبَدٍ ، قَالَتْ : سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو بِهَذَا الدُّعَاءِ : ” اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ ، وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ ، وَلِسَانِي مِنَ الْكَذِبِ ، وَعَيْنِي مِنَ الْخِيَانَةِ ، فَإِنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ
Ya Allah, sucikanlah hatiku dari nifaq, amalanku dari riya’, lidahku dari menipu, mataku dari khianat. Sesungguhnya Engkau mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang disembunyikan oleh hati.
4. Berjihad sehingga terbunuh di jalan Allah.

Mohon Solat Jumaat

Jawatan Kuasa Surau al-Siddiq,
Bandar Seri Iskandar,
32610 Bandar Seri Iksnadar,
Perak.
1 Jan 2010.

Y.B. S.S Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani bin Hj Zakaria, SPMP.DPMP,JSM.AMN,PKT,PJK.
Mufti Negeri Perak
Pejabat Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan
Tingkat 2 Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan.

YB Sahibus Samahah Dato Seri,
Assalamualaikum wbt.

MEMOHON MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT

Perkara di atas adalah dirujuk.

1.Jawatankuasa telah bersetuju untuk mengajukan permohonan untuk mendirikan solat Jumaat di Wakaf Masjid, Surau al-Siddiq, Bandar Seri Iskandar. Ini kerana bebrapa factor berikut:-

i. Penduduk di sini sudah cukup ramai iaitu terdapat 8 seksyen (Persiaran Iskandar Perdana dan Pekeliling Iskandar Perdana) dan juga Taman Iskandar Bistari, di mana jumlah lelaki aqil baligh mencapai lebih 3000 orang termasuk pelajar-pelajar remaja dan murid-murid sekolah kebangsaan.
ii. Penduduk di sini adalah bermukim, berbanding Uitm yang tidak bermukim. Di sini terdapat banyak deretan rumah kedai termasuk pasaraya dan pasarmini, 3 taman permainan kanak-kanak, sebuah sekolah kebangsaan dan satu padang bola sepak. Oleh itu, adalah kurang sesuai apabila penduduk yang bermukim terpaksa bersolat di qaryah lain.
iii. memudahkan jamaah untuk hadir solat jumaat kerana selama ini kami terpaksa ke Masjid Universiti Teknologi Petronas, dan Masjid Daerah atau SMKA Sutan Azlan Shah.
iv. mengelakkan mana-mana muslim meninggalkan solat Jumaat dengan alasan berjauhan dari masjid
iv. kesesakan jalan raya dan lampu isyarat mengundang bahaya.
v. pekerja-pekerja kilang di sini (Taman Teknologi) dapat menunaikan solat Jumaat dengan mudah tanpa gagal.

2.Pihak jawatankuasa al-Siddiq amat berharap agar pihak Jabatan Mufti Negeri Perak mempertimbangkan permohonan ini demi memberikan sedikit keselesaan kepada penduduk di sini.

Segala keprihatinan pihak Sahibus Samahah Dato’ Seri Mufti, dan Jabatan Mufti, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian terima kasih , wassalam.

Yang Benar,
………………..,
Abid Abdullah Bin Muhammad Noor,
Pengerusi Surau al-Siddiq,
Bandar Seri Iskandar.

Post Navigation