Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “January 4, 2010”

Tanda Ahl al-Sunnah

1. Memuliakan semua sahabat Nabi saw tanpa mencela mana-mana sahabat yang terlibat dalam mana-mana fitnah.

2. Beriman dengan ayat-ayat dan hadith-hadith Sifat, dan diam (sukut). Amirruha kama ja’at bila kayf.

3. Sangat takut kepada Allah dan azabNya, sangat harap akan keampunan dan rahmatNya.

4. Mencintai hadith Nabi saw, sentiasa membacanya, mempelajarinya, merujuknya, menyebarkannya. Tidak menggunakan logik akal dalam aqidah dan hukum. Mencintai sanad dan matannya.

5. Mencintai imam-imam ulama hadith, membenci ahli-ahli bid`ah.

Ijazah Master Palsu

Menjadi adat manusia terutama yang berjawatan tinggi, tidak mahu ditandingi oleh orang lain. Hasad telah bermula sejak bermulanya alam ini.

Orang yang hasad berada dalam kegelisahan yang berpanjangan sehingga tidak berjaya tidur lena.Si hasad berada dalam azab seperti di dalam bara api. Tepat sekali sabdaan Nabi saw , “Tiada kerehatan bagi si pendengki.”

Mengapa perlu hasad dan menyebar fitnah? Mengapa perlu mengatakan “Master si Fulan palsu”, tanpa sebarang bukti (perlukah kita saman RM10 juta?), mengatakan “muka si fulan tidak hensem” tanpa sebarang keperluan?

“Ada tauliah ke nak berceramaah dan mengajar agama?”

Tiada sebabnya melainkan hasad dan hasad itu sifat Iblis. Si hasad seperti orang gila. (Ada yang lebih bodoh bahkan gila , taghut mengatakan, “kalau nabi datang pun aku nak minta tauliah!!”)

Tiada gunanya melayan orang bodoh, lalu kita pun akhirnya terikut sama menjadi bodoh. Firman Allah, “…dan berpalinglah kamu dari orang-orang bodoh.”

Matilah kamu dengan hasad dan kemarahan kamu, bersedialah menuju neraka Jahim…

Imam Tidak Berjanggut

SOALAN
Akm. Di tempat saya kebanyakan imam masjid tidak berjanggut. Apakah hukumnya solat di belakang imam yang tidak berjangut, sah atau tidak? Atau saya perlu solat di rumah atau pergi jamaah di masjid yang lain yang berjauhan? Wassalam.
Ikmal, Gemencheh

JAWAPAN
Meninggalkan sunnah berjanggut adalah bid`ah. Mencukurnya adalah haram menurut 4 mazhab. Menurut Sa`id Hawwa dalam kitab Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan, telah sabit 20 hadith sahih yang menyatakan kewajipan berjanggut dan larangan meninggalkannya.

Sekiranya imam yang mencukur janggut itu alim tentang hukum hakam solat dan seorang qari’ (hafiz al-Quran), maka boleh solat di belakangnya sekiranya tiada imam yang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya dia adalah imam ratib (dilantik) kerana menghormati imam ratib dituntut. sekiranya ada imam yang setaraf dengannya dalam hafazan dan bacaan serta memelihara sunnah janggut, maka solat di belakangnya lebih awla walau masjid itu lebih jauh.

Imam-imam yang tidak berjanggut hendaklah di peringatkan dengan hadith-hadith Nabi saw dengan hikmah dan lemah lembut agar ia mengamalkannya.
wassalam

Post Navigation