Menulis Hadith Nabi
Berkata al-Hafiz Abu Sa`d al-Samman, “Sesiapa yang tidak menulis hadith, ia tidak akan merasa kemanisan Islam.” (al-Siyar, 18/257).
Berkata al-Hafiz Abu Sa`d al-Samman, “Sesiapa yang tidak menulis hadith, ia tidak akan merasa kemanisan Islam.” (al-Siyar, 18/257).
Antara sifat dan tanda Ahl Sunnah ialah
1. Menyuruh kepada yang baik (makruf), mencegah munkar, menepati firman Allah, “Kamu adalah sebaik2 umat yang dikeluarkan untuk manusia…” , dan hadith, “Sesiapa dari kamu yang melihat munkar…” Muslim, Hadith sahih.
2. Memelihara syiar-syiar Islam seperti solat Jumaat dan jamaah bersalahan dengan sifat para ahli bid`ah dan munafiqin
3. Jujur kepada setiap muslim dan menasihati mereka, bekerjasama dalam perkara kebajikan (al-birr) dan taqwa (meninggalkan maksiat)
4. Teguh pendirian dalam ujian, sabar dalam bala’, syukur dengan nikmat, dan redha dengan kepahitan qadha’.
5. Berhias dengan akhlak mulia spt menghormati ibabapa, menyambung silaturrahim, berbaik dengan jiran, meninggalkan sifat sombong, berbangga2 dan kezaliman
Lihat Sharh I`tiqad, al-Imam Abu al-Qasim al-Tabari.
Buat semua muslimin muslimat yang tinggal di sekitar Daerah Perak Tengah. Anda boleh mendapatkan jadual waktu solat fardhu bagi tahun 2010 di sini.
Bismillah,
Kepada orang kafir @ non-muslim yang terlalu ingin kepada kalimah Allah, masuklah ke dalam Islam.
Lafazkanlah 2 kalimah syahadah. Terima Tuhan Allah sebenar, bukan Allah yang dalam fantasi dan ilusi kamu.
Bukan susah masuk Islam, islamlah kamu nescaya kamu selamat.
Sekiranya tidak, kamu rugi dunia akhirat, kamu akan dibakar dalam Api Neraka Jahannam selama-lamanya. Sanggup??
Tiada agama di sisi Allah (tuhan kamu) melainkan Islam.
Wassalam