Qiyamullail Sahabat
وقال تعالى: ﴿أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ ءانَاء ٱلَّيْلِ سَـٰجِداً وَقَائِماً يَحْذَرُ ٱلآخِرَةَ وَيَرْجُواْ رَحْمَةَ رَبّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى ٱلَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ﴾ [الزمر:9] .
Maksudnya: Adakah sama orang yang taat bersolat pada waktu-waktu malam, dalam keadaan sujud dan dan berdiri, ia takut azab Akhirat dan mengharap kasih sayang Tuhannya, dengan orang yang tidak bersifat demikian?..,
Berkata Ulama tafsir, mereka ialah ‘Uthman dan ‘Ammar ibn Yasir.
1.Qiyamullail yang sebenar ialah kerana takut kan Akhirat yakni setelah mengenal berita-berita Akhirat. Shaddad ibn Aws ketika tidur malam seperiti burung yang digoreng dalam kuali lalu ia bangun dalam keadaan sangat takut serta berkata, “Mengingati Api Neraka Jahannam menghilangkan tidur para abidin.!”
2.Para sahabat meyakini bahawa untuk menyelamatkan diri dari azab akhirat di mahsyar dan Neraka Jahannam kemudian meraih syurga ialah dengan qiyamullail bertahajjud.
3.Berkata al-Hasan dan al-Fudhayl, “Tidaklah seseorang terhalang dari bangun malam dan puasa siang melainkan kerana dosa-dosa.”
4.Mati ketika tahajjud lebih baik berbanding mati sia-sia ketika tidur sehingga tersia-sia banyak pahala kebaikan.
8 Cara Zahir Batin Memudahkan Bangun Malam Menurut al-Imam al-Ghazali
Zahir
1.Sedikit makan dan minum sebelum maghrib
2.Tidak memenatkan diri pada waktu siang dengan perkara yang tidak berfaedah
3.Tidak meninggalkan tidur qailulah
4.Jangan melakukan dosa-dosa pada waktu siang
Batin
5.Bersih hati dari dengki kepada muslimin, bid`ah dan dari dunia yang berlebihan
6.Takut yang kuat di dalam hati (mengatasi harap) serta pendek angan-angan (mengingati kedekatan mati)
7.Mengetahui fadilat qiyamullail
8.Cinta kepada Allah dan kuat iman bahawa yang diajak bicara adalah Allah