Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Fadilat Puasa

KELEBIHAN dan KEHEBATAN PUASA

1. Tubuh menjadi sihat. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda, “Berperanglah nescaya kamu mendapat ghanimah, berpuasalah nescaya kamu sihat, bermusafirlah nescaya kamu akan kaya.” al-Tabarani, al-Awsat, sanad sahih, hadith 8310.

2. Pahala yang sangat besar, “…kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk Aku…”. Ahmad, al-Musnad, rijaluh rijal al-sahih

3. Mendapat hati yang gembira. “…untuk orang berpuasa 2 kegembiraan, ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhan pada hari  Qiyamat…”

4. Mulut wangi dalam kubur, ketika keluar dari kubur. “…Bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau minyak wangi.” Ahmad, al-Musnad, 2/467.

5.Masuk syurga melalui pintu rayyan. al-Tabarani, al-Awsat, hadith 6159. Berkata al-Imam Abu Hamid al-Ghazali, ketika itu menyesal besarlah orang-orang yang kurang puasa di dunia.

6.Dibuka baginya pintu-pintu langit, anggota tubuhnya bertasbih, sehingga berkata bidadari-bidarari syurga , “Ya Allah, matikanlah dia agar dia datang kepada kami, kerana kami sangat rindu untuk melihatnya…” al-Saghir, 2/26.

7.Tidak lapar dahaga di Bumi Mahsyar ketika lapar dahaga di sana tiada tolok bandingnya. Disebutkan dalam hadith, “Orang yang paling banyak kenyang di dunia , ialah orang yang paling lapar di Akhirat.”

8.Puasa lebih mendekati taqwa dan lebih baik dari tidak berpuasa. Taqwa asas penerimaan amal dan syarat memasuki syurga Allah.

9.Puasa adalah perisai (dari dosa dan syaitan) dan benteng yang sangat kukuh dari Api Neraka Jahannam. Ahmad, al-Tabarani, al-Kabir.

10.Puasa dan al-Qur’an memberi syafaat pada Hari Qiyamat. Ahmad dan al-Tabarani, rijal Tabarani rijal al-sahih.

11.Ikhlas berpuasa ganjarannya diajuhkan dari Api Neraka Jahannam, seperti jauhnya seekor gagak yang terbang ketika kecil, sehingga mati tua.

12.Puasa ialah zakat tubuh badan yakni pembersih badan. Dari Sahl ibn Sa`d, Rasulullah saw. al-Kabir, hadith 5973.

13.Ibn ‘Umar berkata, “3 perkara yang paling menyedihkan, terlepas puasa di musim panas, terlepas solat malam dengan bacaan yang panjang, meninggalkan perang bersama Ali memerangi puak penderhaka.” al-Kabir dan al-Awsat.

14.Mendapat telaga haud di akhirat yang khusus untuk orang yang suka berpuasa.

15.Mendapat hidangan yang khas hanya untuk yang suka berpuasa, belum pernah dilihat dan didengar atau terlintas di hati.

16.Dari Huzaifah r.a., Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mati berpuasa, dijamin ia masuk syurga.” Ahmad dan al-Bazzar

17.Mendapat minuman pada Hari Dahaga dengan sumpah dan janji Allah. al-Bazzar.

18.Ditanam baginya sepohon pokok di syurga. al-Kabir


Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: