Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Abu Muslim al-Khawlani

Nama: Abdullah ibn Thawb, Tabi`i, mukhadram, faqih, abid, zahid, wali, imam. Dibakar oleh nabi palsu al-Aswad al-‘Ansi tetapi ia tidak dimakan api.

Dihalau keluar dari Negeri Yaman lalu ia menuju ke Madinah, malangnya Rasulullah saw telah pun wafat dan Abu Bakr r.a. dilantik menjadi khalifah.

‘Alqamah ibn Marthad berkata, “Tabiin yang paling zuhud 8 orang , antaranya Abu Muslim. Ia tidak mendengar menyebut tentang dunia melainkan ia beredar dari situ.”

Ia sentiasa mengingati mati, berpuasa, bersolat dan berjihad. Biasanya sehari ia solat 300 hingga 400 rakaat. Ketika ia keluar berperang di Rum, penduduk Damsyik datang ke rumahnya. Dilihat terdapat lubang tempat ia beribadat. Setiap kali berperang ia berpuasa dan hanya berbuka ia apabila hendak melakukan serangan.!

Ia bersumpah, “Demi Allah! sesungguhnya banyak sujud adalah lebih baik dan lebih selamat di hari Qiyamat.”

Setiap kali memasuki rumahnya ia bertakbir dan isterinya ikut bertakbir. Ia bertakbir di setiap bahagian rumahnya.

Apabila ia melintasi rumah tinggal ia berkata, “Wahai rumah yang runtuh dan ditinggalkan,! Di manakah penghunimu? Mereka telah pergi dan amal mereka berkekalan, terputus syahwat, tetapi kekal dosa-dosa. Wahai anak Adam! Meninggalkan dosa lebih mudah dari mencari taubat.”

Kekasih Allah

Berkata Abu Muslim al-Khawlani, “Tidak saya cari sesuatu dari dunia melainkan ia lari dari saya, hinggakan saya menaiki keldai, keldai tidak mahu berjalan. Apabila saya turun dan dinaiki orang lain keldai itu pun berjalan.!

Lalu diperlihatkan dalam mimpi, ada yang berkata kepadaku, “Janganlah kamu bersedih apabila dipalingkan dunia darimu. Sesungguhnya Dia lakukan begitu hanya untuk wali-waliNya dan kekasih-kekasihNya dan orang-orang yang taat kepadaNya.” Lalu hilang segala kesedihanku.

Berkata Bilal ibn Ka`b, Adakalanya kanak-kanak meminta kepadanya burung di udara , lalu ia berdoa, lantas burung turun sehingga kanak-kanak memegangnya.

Abu Muslim mengambil hadith dari Abu Bakar, ‘Umar,  Muaz, dan ‘Ubadah, wafat ketika pemerintahan Mu`awiyah.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: