Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Ibn Muhayriz

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Taqrib, Ibn Muhayriz al-Makki, al-Jumahi, anak yatim jagaan Abu Mahzurah, kemudian menetap di Bayt al-Maqdis, Palestin. Seorang yang thiqah dan abid.

Masuk ‘Abdullah ibn Muhayriz dalam sebuah kedai untuk membeli baju lalu dikatakan orang, “Ini Ibn Muhayriz! Layanlah ia dengan baik!”(iaitu murahkan harga untuknya). Berkata Ibn Muhayriz, “Kami membeli dengan duit kami, bukan dengan agama kami.!”

al-Khalifah ‘Abd al-Malik ibn Marwan mengumpannya dengan menghadiahkan seorang jariyah yang cantik ke rumah lalu ia lari dari rumah itu.

Apabila mati Ibn Muhayriz, berkata Raja’ ibn Haywah, “Saya anggap adanya Ibn Muhayriz menjadi sebab keselamatan penduduk bumi.”

Ibn Muhayriz apabila dipuji ia berkata, “Mana kamu tahu?”. Ibn Muhayriz berdoa “Ya Allah, saya minta kepadaMu agar tidak terkenal.”

Ibn Muhayriz menghabiskan hidupnya dengan jihad, solat yang banyak dan al-Quran. Beliau mengkhatamkan al-Quran setiap 7 hari.

Berkata Khalid ibn Durayk, “2 sifat yang ada pada diri Ibn Muhayriz, ia tidak akan diam dari memperkatakan yang hak, tidak peduli kiranya ada orang marah atau suka. Ia sangat menyembunyikan segala amalan salihnya.”

Berkata Ibn Muhayriz, “Sesiapa yang berjalan di hadapan bapanya maka ia telah derhaka kepadanya, kecuali untuk membuang kotoran. sesiapa yang memanggil bapanya dengan namanya atau gelarannya, maka ia telah derhaka, kecualilah ia berkata, “wahai ayahku”.

Ibn Muhayriz mengisnadkan hadith dari Abu Sa’id, Mu`awiyah, Abu Mahzurah, Fadalah ibn ‘Ubayd dan lain-lain. Riwayatnya terdapat dalam semua Sunan. Beliau wafat ketika pemerintahan al-Walid ibn ‘Abd al-Malik pada tahun 99H.

Lihat al-Hafiz Abu Nu`aym al-Asfahani, Hilyat al-Awliya’.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: