Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Salafi Apa?

SOALAN

Akm ust. Di tempat saya ada seorang pemuda yang mula mengikut aliran salafi tetapi tidak mahu hadir solat jamaah. Dia juga menyindir orang-orang alim yang ada di sekitar taman saya. Apa pandangan ustaz?

Sitiawan, Perak.

JAWAPAN

Menisbahkan diri kepada salafiyyah adalah nisbah yang sangat mulia. Semua pengikut Ahl Sunnah berbangga dengan salaf umat ini yang merupakan golongan terbaik umat yang mempunyai aqidah sahih dan amal yang bersih dari bid`ah.

Solat jamaah salah satu simbol terbesar ahl sunnah atau salaf dan tidak halal dipandang ringan oleh masyarakat awam muslimin, apalagi yang menamakan dirinya salafi. Meninggalkan jamaah tanpa sebarang uzur yang benar adalah dosa besar dan bid`ah yang buruk. Setiap ‘salafi palsu’ perlu meneliti semula hadith2 Nabi saw tentang solat jamaah dan membaiki diri.

Salafi tidak dilihat dengan dengan nisbah semata-mata. Tetapi dilihat dengan aqidah, ilmu, amal, akhlak mulia, pemikiran yang menyamai salaf. al-Imam al-Shafi`i berkata, setiap za`m (dakwa dakwi) adalah batil.

5 amalan Salafi

Al-Imam al-Awza`ei berkata, Para salaf dari kalangan sahabat dan tabiin sentiasa melakukan 5 perkara (5 amal ahl sunnah),

1. melazimi jamaah (ahli ilmu, imam dan jamaah muslimin),
2. mengikuti sunnah, (bukan akal, bid`ah)
3. memakmurkan masjid-masjid,
4. membaca al-Quran,
5. dan jihad. (ribat, dakwah dan jihad)

Perbuatan mengutuk mencela orang2 alim tanda bid`ah, sesat, jahil dan fanatik. Wassalam.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: