Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Tafsiran jihad dengan dakwah

SOALAN

Akm, bolehkah mentafsirkan kalimah jihad dengan makna dakwah, mengajak orang solat dan iktikaf atau jihad nafsu?

Hilmi,

Kg Gajah, Perak

JAWAPAN

Haram mentafsirkan jihad dengan tafsiran yang sempit. Ini adalah sesat, bid`ah, batil dan tahrif terhadap al-Quran! al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam al-Fath berkata, “Apabila disebut saja kalimah jihad, maka maksudnya ialah qital (perang).al-Shawkani dalam Nayl al-Awtar berkata, “maksud jihad ialah qital al-kuffar” iaitu memerangi orang2 kafir.

Haram juga memperlekehkan jihad dengan mengatakan ia bukan tujuan , bukan maqsud (islam), atau mentafsirkannya dengan jihad ekonomi.

Jihad nafsu bermakna mendidik diri memelihara solat, qiyamullail dan berpuasa siang, sentiasa muhasabah dan muraqabah. Ia adalah benar dan wajib. Semua usaha melakukan yang makruf dan meninggalkan munkar adalah jihad tetapi itu dari segi bahasa sahaja. Itu bukan takrifan yang tepat tentang jihad mengikut syariah, al-Quran dan al-Sunnah!.

Kalimah jihad, fi sabilillah, ghazwah, ribat, khuruj, semuanya bermaksud perang. Ini bukan bermakna menolak konsep dakwah dalam jihad kerana kedua-duanya adalah wajib.

Firman Allah, “Dan perangilah mereka sehingga tidak berlaku lagi fitnah (syirik kufur) dan supaya agama menjadi milik Allah…(al-Baqarah: 193)

Firman Allah, “Diwajibkan ke atas kamu berperang walau ia berat dan susah bagi kamu, …(al-baqarah: 216). Firman Allah, “Perangilah mereka nescaya Allah mengazab mereka dengan tangan2 kamu…(al-tawbah: 14)

“…Mereka berperang di jalan Allah, maka mereka membunuh dan dibunuh…”(al-tawbah:111 )

“Apabila kamu bertemu orang2 kafir (dalam perang) maka penggallah leher mereka…” (Muhammad:4)

Sentiasalah ahl sunnah beraqidah dengan aqidah sahih dan kefahaman sahih, sehingga muncul qadyani sesat yang menolak jihad secara total dan beberapa orang india bertopeng agama menyelewengkan makna jihad.

Bukan begitu tulisan imam-imam  fiqh dan hadith. Sila lihat kitab2 fiqh dan kitab2 hadith para imam yang mengkhususkan kitab jihad dan bab jihad yang bermakna perang.!!

Adakah orang kafir sahaja yang boleh berperang, sedangkan kita diharamkan sehingga menyebut kalimah jihad sekalipun??!

Dengan tafsir sesat itu, akhirnya ramai yang menjadi lesu, pasif murji’ah, tidak peduli apabila saudara-saudaranya dibunuh kejam dan diperkosa, kerana jihad itu kononnya iktikaf dan wirid!!

Allahumma irham hazihi al-ummah…

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: