Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Cukai Tol Haram?

TOL  Haram?
عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال في خطبته بمنى يوم العيد في حجة الوداع : ( إن دماءكم وأموالكم وأعراضكم حرام عليكم كحرمة يومكم هذا في بلدكم هذا في شهركم هذا ) .
Dalam haji wada’ nabi saw berkhutbah pada hari raya
“Sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan maruah kamu adalah haram ke atas kamu, spt haramnya hari kamu ini, di negara kamu ini, di bulan kamu ini.”
Dari Ruwayfi` ibn Thabit r.a., Nabi saw bersabda,
إِنَّ صَاحِبَ الْمَكْسِ فِي النَّارِ
“Sesungguhnya pemungut cukai dalam Neraka!”. SAHIH (HR Ahmad dan al-Tabarani).
Ibn Lahi’ah adalah thiqah sebelum ikhtlat, Qutaibah meriwayatkan hadith dari beliau sebelum ikhtilat. al-Imam Ibn Hajar mengatakan beliau saduq.
maka sanad hadith ini hasan atau sahih.
Nass hadith
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ ، عَنْ أَبِي الْخَيْرِ ، قَالَ : عَرَضَ مَسْلَمَةُ بْنُ مُخَلَّدٍ وَكَانَ أَمِيرًا عَلَى مِصْرَ عَلَى رُوَيْفِعِ ابْنِ ثَابِتٍ أَنْ يُوَلِّيَهُ الْعُشُورَ ، فَقَالَ : ” إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” إِنَّ صَاحِبَ الْمَكْسِ فِي النَّارِ

Nabi saw bersabda,
إِذَا لَقِيتُمْ عَاشِرًا فَاقْتُلُوهُ
“Apabila kamu bertemu dengan pemungut cukai bunuhlah ia!” (Ahmad, Ibn ‘Abd al-Hakam)
. Ini jelas menunjukkan pengharaman cukai.
al-Hafiz al-Ruyani dengan sanad sahih, meriwayatkan
عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” لا يَدْخُلُ صَاحِبُ الْمَكْسِ الْجَنَّةَ ” .
dari ‘Uqbah ibn ‘Amir r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tidak masuk syurga seorang pemungut cukai.”
Disebut Irshad al-‘Ibad, Menghalalkan cukai menjadi kafir. Begitu juga dengan orang yang mengatakan cukai hak pemerintah.
Lihat Zayn al-Din al-Malibari (tt), Irshad al-‘Ibad Ila Sabil al-Rashad, (terj) Surabaya: Dar al-Saqqaf, ms 539-544
1. Cukai hukum asalnya adalah haram, termasuk cukai GST, tol yang batil dan cukai-cukai kastam. Kerajaan tidak perlu memungut cukai kerana perbelanjaan negara telah cukup disediakan bajetnya dalam belanjawan negara. Bekerja dengan agensi-agensi cukai juga adalah syubhah.
Ustaz-ustaz su’ dan fasad mengampu, kununnya harus memungut cukai kerana sekarang ada jalan raya zaman, dulu tiada. Gelaran Dr, master atau shaykh sufi, tidak menghalalkan anda mengeluarkan fatwa sesat lagi batil, seumpama Bal’am atau lebih jahat menghalalkan yang haram. Bertaqwalah kepada Allah.
Mengapa negara-negara Arab, Indonesia dan Thailand boleh mengamankan jalan raya tanpa tol?
2. Telah terbukti cukai tol dan cukai-cukai lain bukanlah satu maslahah rajihah mu’tabarah, (lihat sejarah Imam Nawawi bersama raja), tetapi penipuan dan pengambilan keuntungan yang melampaui batas, menjadi bisnes kroni, memakan harta manusia secara batil. Di England, tol hanya 6 bulan hingga 2 tahun, bukan mjd bisnes 30-60 tahun seperti di Malaysia. PLUS membuat jalan dengan kos 6 billion tetapi kini memungut cukai haramnya sehingga 26 billion!
3. Dosa cukai seumpama dosa zina muhson. al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith wanita al-ghamidiyyah dalam Sahih Muslim, beliau berkata,
في صحيح مسلم عن بريدة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في المرأة الغامدية التي زنت ثم تابت قال: والذي نفسي بيده لقد تابت توبة لو تابها صاحب مكس لغفر له.
قال النووي: فيه أن المكس من أقبح المعاصي والذنوب الموبقات.
“…antara pengajaran hadith ini ialah : cukai itu termasuk seburuk-buruk maksiat dan dosa yang membinasakan.” al-Minhaj Sharh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj.
al-Imam az-Zahabi dalam al-Kaba’ir, mengatakan bahawa orang-orang yang memungut cukai termasuk dalam keumuman ayat 42 al-Shura; iaitu golongan menzalimi manusia dan bertindak kejam terhadap manusia di muka bumi, melakukan dosa yang sangat besar, diazab dengan azab yang sangat pedih di Akhirat dengan azab yang sangat dahsyat. al-Zawajir.
( إنما السبيل على الذين يظلمون الناس ويبغون في الأرض بغير الحق أولئك لهم عذاب أليم ) الشورى/42 .
Para pemungut cukai adalah seperti para perompak dan pencuri. Begitu juga cukai2 kastam, walau dengan alasan dangkal kununnya untuk menguruskan kepentingan2 negara.
فقد ثبت في حديث عبد الله بن بريدة عن أبيه في رجم الغامدية التي ولدت من الزنا أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( والذي نفسي بيده لقد تابت
توبة لو تابها صاحب مكس لغفر له ) الحديث رواه أحمد ومسلم وأبو داوود وروى أحمد وأبو داوود والحاكم عن عقبة بن عامر عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : ( لا يدخل الجنة صاحب مكس ) وصححه الحاكم .
4. Menurut Fatwa Arab Saudi, Bekerja dengan urusan-urusan dan bahagian-bahagian cukai adalah haram. Bahkan para pemungut cukai adalah sebesar-besar pembantu orang-orang zalim, bahkan mereka itu sendiri adalah orang-orang zalim, mereka mengambil harta secara tidak halal, merampas harta manusia secara tidak benar, mereka adalah para perompak dan pencuri. Pemungut, penulis, yang mengambilnya semua bersekongkol dalam dosa, memakan yang haram.
Lihat Fatwa Lajnah Da’imah li al-Ifta’, 23/489.; al-Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Shafi’ei, al-Zawajir.
5. Saman polis pula terlalu mahal dan sangat zalim, orang2 zalim akan tahu di mana neraka mereka dm Api Jahannam.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: