Allah Di Atas Arasy
Firman Allah SWT,dalam Surah al-Nahl, juz 14;
Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).
[50] Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka (di atas arasyNya dengan kekuasaanNya yang luas mutlaq), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan. Berkata al-Hafiz Ibn Kathir , maksud “Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka” ialah mereka sujud kepada Allah dalam keadaan takut dan gementar.
[51]Dan Allah berfirman: “Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
[52]
Dan bagiNyalah (hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepadaNya sahaja tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.
[53]
al-Quran; Surah al-Nahl
Kefahaman Ayat
1.Iman akan kewujudan Allah, yakin akan sifat al-‘Uluww dan Fawqiyyah Allah menghasilkan rasa takut, malu kepadaNya dan taat kepada perintah-perintahNya.
2. Tauhid uluhiyyah menghasilkan rahbah (rasa gerun kepadaNya)