Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Sekular Bertopeng Islam

Najib tegaskan Umno adalah parti Islam sebenar

SIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” katanya ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini, hari ini.    Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

“Kita tidak perlu label “membangun bersama Islam” kerana kita sudah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.   “Kita sentiasa membela nasib rakyat daripada yang baik kepada lebih baik, jika dulu kita bermula dari Lurah Bilut (Felda Lurah Bilut) daripada golongan yang tidak mempunyai tanah kepada golongan yang mempunyai tanah sebanyak 10 ekar.

“Secara kebetulan ayah saya (Tun Abdul Razak) yang menubuhkan Felda, dia berjalan dengan tongkat dan bush jaket beratus-ratus batu semata-mata untuk memberi tanah dan membasmi kemiskinan rakyat,” katanya.
Najib juga berkata, umat Islam haruslah mengambil iktibar dengan pelbagai peristiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadan termasuklah peristiwa perang Badar.

Jawapan

1.Parti Islam yang sahih dan sah wajib melaksanakan perundangan Islam termasuklah hudud dan qisas. Lihat al-Quran, surah al-Nur: ayat 2, “…sebatlah kedua2 penzina 100 kali sebatan sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat…”. Umno memakai dan mendewakan perlembagaan Lord Reid dan undang ciptaan manusia undang2 jaahiliyyah!!

2.Wajib juga memakai nama Islam, tidak boleh takut atau malu!

Umat Islam wajib memakai label Islam. Firman Allah, “Dia telah menamakan kamu sebagai muslimin sebelum ini…” (al-Quran, al-Hajj: 78) juz 17. Umno bukan parti Islam, tapi parti sekular! tidak mengharamkan segala yang haram…Ahli2 solat pun malas.

3.Parti islam dan iman tidak akan mengiktiraf dan memberi wala’ (sokongan dan taat) kpd yahudi dan nasrani (al-Ma’idah: ayat 81). Umno boleh saja sokong yahudi dan USA.

Parti Allah tidak akan berbaik2 dengan musuh2 Allah (al-Mumtahanah: ayat 28).

“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya”. [al-Quran, al-Mujaadalah (58) : 22].

4.Bukan pembangunan material dan fizikal semata-mata seolah pembangunan itu tuhan nombor satu! Yang paling utama ialah membetulkan aqidah dengan melaksanakan undang-unag Allah dn sistem pendidikan Islam setiap peringkat di seluruh negara. Parti dunia semata2, bukan agama. UMno ‘asabiyyah perkauman busuk, bukan islam yang luas dan sempurna.

5.Pemimpin Islam mestilah berkhutbah, mengimamkan solat Jumaat dan solat 5 waktu, turun mencari orang miskin dan susah, memimpin perang jihad, berdakwah mengajak kuffar kepada Islam, menghancurkan segala munkar dan maksiat. Bukan 10000 projek,    kumpul harta dan duit!!!  Harap faham.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: