Rukhsah Tinggal Solat Jamaah
SOALAN
Adakah rukhsah yang mengharuskan seseorang meninggalkan solat jamaah. Apa yang dikatakan oleh al-Imam al-Shafi`ei sendiri? Maksud saya bukan ulama Shafi`iyyah. Wassalam.
Hasan Wuhayb, Kajang.
JAWAPAN
al-Imam menyatakan bahawa beliau tidak memberikan keringanan meninggalkan jamaah melainkan kerana uzur beberapa kali dalam al-Umm. Bukan seperti yang difahami masyarakat awam.
Berkenaan rukhsah tersebut, al-Imam al-Shafi`ei mengisnadkan dengan sanadnya hadith-hadith sahih tentang perkara ini dalam al-Umm.
1.Hujan yang lebat, serta angin sejuk. al-Imam meriwayatkan dari Malik, dari Nafi` dari Ibn ‘Umar…Sahih.
2.Buang air besar. Rasulullah saw bersabda maksudnya, “Apabila seseorang kamu mahu berak, maka hendaklah ia berak terlebih dahulu sebelum solat.” Sahih.
3.Telah tersedia makanan malam bagi orang berpuasa atau tidak berpuasa, sedngkan nafsunya amat ingin akan makanan itu, maka diringankan baginya meninggalkan solat jamaah. Sekiranya ia terlalu bernafsu, maka mendahulukan solat itu lebih utama.
4.Sakit, kerana Nabi saw meninggalkan jamaah beberapa hari kerana sakit
5.Takut kepada bahaya
6.Musafir
7.Menguruskan orang sakit
8.Menguruskan harta yang ditakuti akan hilang sekiranya ditinggalkan.
9.Tidur yang sangat lena
10.Pergi mencari harta yang hilang yang diharapkan diperolehi semula
Lihat, al-Shafi`ei, (1989), al-Umm, Bab Uzur Pada Meninggalkan Jama`ah, ms 337-340. ; lihat juga al-Fiqh al-Manhaji.