Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Ibn al-Zubayr Ditangisi Umat

Hayat al-Sahabah

Ibn al-Zubayr Ditangisi Ummat

‘Abdullah ibn al-Zubayr ibn al-‘Awwam, sahabi, anak sahabi, cucu sahabi. Seorang Imam, Khalifah Rashid, khalifah ke-7, ‘abid, faqih mujtahid, memerintah selama 9 tahun. Ibunya Asma’ bint Abi Bakr al-Siddiq. Beliau adalah anak Islam yang pertama dilahirkan di Madinah setelah hijrah.

Abu Bakr al-Siddiq r.a. mengazankannya di telinganya dan Nabi saw mentahniknya dengan sebiji tamar, maka yang pertama masuk ke dalam badannya ialah liur Nabi saw yang mulia. Iaitu beliau bersatu dengan Nabi sebelum menyusu susu ibunya.

Menyertai banyak peperangan dan berjaya memenangkan banyak siri jihad kerana kekuatannya dan keberaniannya.

Ibadahnya

Mujahid ibn Jabr berkata, Tiada suatu jenis ibadah pun  melainkan akan dilakukan oleh Ibn al-Zubayr dengan azam yang keras. Ketika Makkah banjir, sehingga hampir menutup Kabaah, Ibn Zubayr bertawaf dengan berenang.

Amru ibn Dinar, saya melihat Ibn al-Zubayr solat Hijr Ismail, menundukkan pandangannya, lalu jatuh batu dihadapannya, lantas batu menarik bajunya tetapi ia tidak memberhentikan solatnya. Tidak pernah saya melihat orang solat lebih baik dari Ibn al-Zubayr.

Mujahid, Ibn Zubayr apabila solat seumpama tiang kerana khusyu’. Yahya ibn Waththab, Ibn al-Zubayr sujud lalu hingga burung-burung hinggap di belakang badannya kerana menyangka ia tiang pagar.

Ibn al-Munkadir, Sekiranya kamu melihat Ibn Zubar solat maka ia seperti dahan pokok, sedangkan manjaniq jatuh di sana sini, seperti ia tidak peduli.

Muhammad ibn Humayd, Ibn al-Zubayr menghidupkan sepanjnag malam sepanjang hayatnya. Satu malam, ia berdiri solat sehingga pagi, satu malam ia rukuk sehingga subuh, satu malam ia sujud sehingga subuh.

Berkata Muslim ibn Yannaq al-Makki, Satu hari ia rukuk, saya membaca al-Baqarah, Ali ‘Imran, al-Nisa’ dan al-Ma’idah, tetapi belum mengangkat kepalanya dari rukuk.

Berkata Abu al-‘Aliyah, Ibn Zubayr berpuasa wisol, 7 hari 7 malam berturut-turut. Pada hari ketujuh, beliau adalah orang yang kuat dan tangkas. Ibn Zubayr memandang harus puasa wisol dan puasa dahr.

Dipanggil merpati masjid.

Khilafah pemerintahan Ibn Zubayr ditumbangkan oleh tentera taghut Bani Umayyah, Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi. Mayatnya r.a. dicincang dan disalib sehingga ditangisi oleh penduduk Makkah. Berkata Mujahid, Ibn ‘Umar melalui jenazah Ibn Zubayr lalu berkata, “Semoga Allah mengasihanimu, sesungguhnya kamu yang kuketahui, sangat kuat berpuasa, sangat kuat bersolat malam, sangat suka menyambung silaturrahim. Aku sangat berharap Allah tidak mengazabmu.”

Dibunuh pada hari Selasa, 17 Jumada a-Ula tahun 73H, beruuur 72 tahun. Semoga Allah meredhainya.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: