Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Uzlah dan Iktikaf

Kelebihan Iktikaf dan ‘Uzlah

Kelebihan ‘uzlah dan pahala i`tikaf

1. Al-Imam al-Tabarani mengisnadkan dengan sanadnya dari Ibn ‘Abbas ra, “Sesiapa yang berjalan bersama saudara muslim untuk memenuhi keperluannya, maka itu lebih baik baginya dari iktikafnya sepuluh tahun. Sesiapa yang beriktikaf sehari kerana mencari wajah Allah (keredhaan Allah), nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari Api Neraka Jahannam sejauh 3 parit, setiap lebih jauh dari perjalanan langit dan bumi.”

Al-Tabarani, al-Mu`jam al-Awsat, hadith 7326.; al-Bayhaqi.
Berkata al-Hafiz Nur al-Din al-Haythami, isnadnya jayyid. Berkata al-Hakim sahih al-isnad. Lihat Majma` al-Zawa’id, Kitab al-Birr wa al-Silah, jld 8, ms 251.

2.Iktikaf Nabi saw
i. 10 hari terakhir ramadah ,
ii. 20 hari bulan Ramadahan
iii. Nabi Iktikaf 20 hari dalam bulan Shawwal.
iv. Iktikaf sebulan. Hadith Sahih.

3.Al-Imam al-Sha`rani menukilkan, Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang beriktikaf pada 10 malam terakhir bulan ramadan, maka mendapat pahala 2 haji dan 2 kali umrah. Sesiapa yang iktikaf di dalam masjid antara maghrib dan isya’ tanpa bercakap-cakap dengan sesiapa, memenuhkannya dengan solat dan al-Quran, maka Allah membinakan baginya sebuah rumah di dalam syurga.”

4.Al-mu`takif huwa ya`takif al-zunub. Uzlah iktikaf dalam membantu untuk tafakkur, muhasabah, istighfar, menenangkan hati, mengelakkan diri dari dosa mengumpat, perbuatan2 jahat, kata-kata jahat, mengingati mati dan membuat persediaan untuk mati. Mengurang kecintaan dan kerakusan terhadap dunia. Merehatkan jasad dan hati, selamat dari rakan-rakan jahat. Memelihara mata dari melihat yang haram dan kilauan dunia yang melalaikan. Lebih membantu untuk beribadah, mengingati Akhirat, solat sunat, puasa, membaca al-Quran, membaca hadith, membaca kitab, berzikir ,. Tidur seorang mu`takif juga dikira ibadah.

5.Alangkah nikmatnya iktikaf bagi alim dan abid, tiada uzlah melainkan untuk mereka berdua, “Seorang lelaki yang mengingati Allah ketika bersendirian, lalu mengalir airmatanya.” “Seorang lelaki di lereng atau puncak bukit, beribadah kepada Tuhannya dan selamat manusia dari kejahatannya.” dalam satu riwayat “…ia bersolat dan menunaikan zakat” dalam lain riwayat “…sehingga dating kematiannya.” Sahihayn. Berkata Muaz ibn Jabal, Seorang lelaki yang duduk dirumahnya mendapat rahmat dari Tuhannya.

6.Al-Hafiz al-Tabarani dalam al-Kabir mengisnadkan dengan sanad jayyid dari Mu`adh ibn Jabal ra, RAsulullah saw bersabda, “5 perkara sesiapa melakukannya, ia berada dalam jaminan Allah (memasuki syurga); sesiapa yang menziarahi orang sakit, keluar mengiringi jenazah, keluar berperang, atau menemui imam (pemimpin) untuk membantunya atau memuliakannya, atau duduk di rumahnya lalu orang ramai selamat darinya dan ia selamat dari orang ramai.” Al-Kabir 2/37. Al-Haythami, Kashf al-Astar, hadith 1649.

ustazabid.wordpress.com, annuriyy@yahoo.com, ustazabid.blogspot.com

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: