Mengasihi Muslimin
Dari Mu`awiyah ibn Haydah ra, Rasulullah saw bersabda,
“Sesungguhnya sedekah rahsia memadamkan kemurkaan Tuhan, dan sesungguhnya perbuatan-perbuatan makruf memelihara dari kesudahan-kesudahan buruk (su’ul khatimah). Sesungguhnya menyambung hubungan keluarga yang putus (silaturrahim) menambah umur dan mengelakkan kefakiran. Perbanyakkanlah menyebut La hawla wala quwwata iulla billah kerana sesungguhnya ia satu harta dari harta-harta syurga, di dalamnya ada ubat bagi setiap penyakit, yang paling ringan ialah dapat menghilangkan kemurungan.” Al-Tabarani, al-Awsat, hadith 943.
Mu`awiyah ibn Haydah ialah al-Qushayri, sahabi r.a., menetap di Basrah dan meninggal di Khurasan, beliau ialah datuk Bahz ibn Hakim.