Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Bagaimana Selamat Di Sirat

Melintasi Titian Sirat

1.Al-Hafiz al-Tabarani mengisnadkan dengan sanadnya dari Ibn ‘Umar ra, Rasulullah saw bersabda, “…Sekiranya saya berjalan bersama saudara muslim untuk memenuhi keperluannya, lebih saya sukai dari beriktikaf sebulan di masjid Madinah. sesiapa yang menahan kemarahannya nescaya Allah menutup aibnya…, dan sesiapa yang bersama saudaranya sehingga selesai keperluannya, Allah meneguhkan kakinya pada hari tergelincirnya kaki-kaki (di Titian Sirat). Al-Hafiz Abu al-Qasim al-Tabarani, al-Awsat, 2/35. Majma’, jld 8, ms 249.

2.Dari Aishah ra berkata, bersabda Rasulullah saw, “Sesiapa yang menjadi jalan penghubung untuk saudaranya kepada pemerintah dalam menyampaikan suatu kebajikan atau memudahkan satu kesusahan, nescaya Allah membantunya melintasi Titian Sirat ketika tergelincirnya kaki-kaki.” Al-Tabarani, al-Saghir, 1/161. Al-Hafiz Ibn Hibban memandang hadith ini sahih.

3.Al-Hafiz al-Tabarani mengisnadkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang menghilangkan dari seorang muslim satu kesusahan, Allah Ta’ala menjadikan baginya pada Hari Qiyamat dua cabang cahaya di atas Titian Sirat…”. al-Tabarani, Al-Awsat, hadith 4504.

4.Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang berjalan untuk membantu keperluan saudaranya yang muslim, Allah menaunginya dengan 75,000 malaikat yang mendoakan untuknya, berpanjangan ia diberi rahmat sehingga selesai, Apabila selasai ia mendapat pahala sekali haji dan umrah.” Dari Abu Huraira dan Ibn ‘Amru. al-Tabarani, Al-Awsat, hadith 4396.

5.Dari Anas ibn Malik ra, Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang membantu orang yang dalam kesusahan, Allah menulis baginya 73 pahala. Dengan satu pahala darinya Allah membaikkan urusan dunia dan Akhiratnya. 72 pahala lagi menaikkan darajatnya di syurga.” Abu Ya’la dan al-Bazzar.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: