Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Jarak Antara Azan dan Iqamat

SOALAN
Akm wbt,.
Kebiasaannya di kampung-kampung, bilal amat cepat iqamat setelah azan sehingga para jamaah tidak sempat menyempurnakan solat sunat qabliyyah. Bagi yang datang sedikit lewat terlepas rakaat pertama. Berapakah jarak antara azan dan iqamat sebenarnya? Minta tolong tuan jelaskan, wassalam.

JAWAPAN
Bismillah, wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah wa ba`d.

Terlalu cepat iqamat adalah adat yang batil dan menyalahi sunnah. Tergesa-gesa adalah dari syaitan. Jarak antara azan dan iqamah ialah selama tempoh makan seseorang yang makan dengan tenang bersahaja, atau mandi dengan cara tenang bersahaja. Atau dengan tempoh jangka masa selama 4 rakaat atau 6 enam rakaat.

Al-Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Ubayy ibn Ka`b ra, Rasulullah saw bersabda,

 ” يَا بِلَالُ ، اجْعَلْ بَيْنَ أَذَانِكَ وَإِقَامَتِكَ نَفَسًا يَفْرُغُ الْآكِلُ مِنْ طَعَامِهِ فِي مَهَلٍ ، وَيَقْضِي الْمُتَوَضِّئُ حَاجَتَهُ فِي مَهَلٍ

“Wahai Bilal, jadikanlah antara azanmu dan iqamatmu ruang nafas seperti jangka masa seseorang makan dengan tenang bersahaja, atau mandi dengan cara tenang bersahaja.” Riwayat al-Imam Ahmad, al-Musnad 4/143; Abdullah ibn al-Imam Ahmad dalam al-Ziyadat. ‘Abd ibn Humayd dalam al-Musnad, al-Tirmidhi dari Jabir, Tabarani dalam al-Awsat, al-Shashi dalam al-Musnad, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Bayhaqi dalam al-Kubra., dan al-Khatib dalam al-Talkhis al-Mutashabih.

Menurut al-Imam al-Shafi`ei dalam al-Jadid, adalah baik dilewatkan iqamat subuh untuk menunggu jamaah dan itu lebih mudah bagi orang ramai. Di negara2 Arab ada yang menjadikan jarak anatara keduanya selama 20 minit hingga 30 minit. Ini lebih baik dan dapat memberi peluang untuk memanjangkan solat sunat dan menghafaz al-Quran.
Lihat Al-Hafiz Nur al-Din al-Haythami, 2001, Majma` al-Zawai’id wa Manba` al-Fawa’id, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jld 2, ms 78.

Bilal hendaklah dari kalangan abid (ahli ibadah), sekurg2nya solat 4 rakaat sebelum iqamat sambil menunggu imam dan para ma’mum, jgn jadi bilal ayam patuk padi, bilal lipas kudung! Bila lagi bilal nak rajin beribadat dan i’tikaf? Silalah tunggu dengan berzikir dan membaca al-Quran…belajar-lajarlah….

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: