Dimana Allah? Iman dan Diam
Soalan: Akm, di mana Allah SWT?
Jawapan:
Bismillah
Aqiidah islam adalah simple dan sederhana
Di mana Allah?
al-Imam al-Shafiei dlm al-Umm dan al-Risalah, aL-Imam Muslim dalam Sahihnya meriwayatkan bahawa Mu’awiyah Bin al-Hakam al-Sulami, membawa jariyahnya kepada Rasulullah s.a.w.;
Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah (aina Allah)?” Jawab hamba itu: “Di langit (fis samaa’).” Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah saya?” Jawab hamba itu lagi: “Tuan adalah Rasulullah.”
Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang beriman).
(Hadis Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Kitab al-Janaiz wa Mawadhi’ as-Solat, bab “Tahrimil Kalam fi Solat wa Naskh Ma Kana Min Ibahah” (537) (33) dari Mu’awiyah bin al-Hakam as-Sulami. Juga diriwayatkan Jama’ah Ahli Hadith, antaranya Imam Malik, Abu Daud, ad-Darimi, an-Nasai’e).
Sesungguhnya Allah s.w.t. itu bersemayam di atas ‘arsy-Nya yang mana selayak-Nya sebagaimana yang dia sendiri menetapkannya sesuai dengan Kemuliaan-Nya dan keagunganNya tanpa menyamai istiwa’ mana-mana makhluk.
Sikap ahl sunnah ialah: tunduk kepada nas dan dalil yang sahih, tanpa mendbat2kanya berbelit2 spt mu’tazilah, jahmiyyah dan murji’ah yang sesat.
TANPA
1.mengatakan ianya syaaz kununnya, hadith ini bukan hujah kununnya, hanya tasaffur ar-ruwah kununnya, wajib dita’wil zahir nas ini kununnya. atau mengatakan sesiapa yg mengajak kpd aqidah “Di mana Allah”,… wajib bertaubat katanya 🙂
tanpa mengatakan, Lafaz “Dimana Allah?” adalah mustashna’ (keji) kununnya, ms 188.
Lihat ms 187-188, hasan saqqaf, Ta’liq Daf’ Shubah
Laa ilaha illa Allah, aamantu billaH wa Rasulih.