Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Orang Alim Mengambil Upah

Soalan: Akm Ust Abid, bolehkah seorang alim al-Quran mengambil upah apabila mengajar al-Quran? Bolehkah ustaz berikan dalilnya?
Kasimi, Ipoh.

Jawapan:
Seorang ‘alim yang mengorbankan masanya, hartanya, ilmunya dan tenaganya mengajarkan al-Quran harus menerima saguhati mengajarkan al-Quran. Bahkan itu adalah punca rezeki yang terbaik dan halal. Ini adalah amal para sahabat dan ulama’ salaf. Mereka menerima hadiah yang diberikan orang ramai lantaran mengajarkan al-Quran. Amalan mereka merupakan amalan yang ikhlas di sisi Allah dan diganjari pahala yang besar.

Sekiranya tidak ada orang yang mengajarkan al-Quran akan hilanglah al-Quran dari muka bumi. Seorang lelaki bertanya kepada al-Imam Sufyan al-Thawri, “Bolehkah menerima upah mengajarkan al-Quran?” al-Imam menjawab, “Sekiranya tidak, akan lenyaplah kitab Allah”.

Di dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari Kitab al-Ijarah, dari Ibn ‘Abbas bahawa Nabi saw bersabda,
بَاب مَا يُعْطَى فِي الرُّقْيَةِ عَلَى أَحْيَاءِ الْعَرَبِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (( أَحَقُّ مَا أَخَذْتُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا كِتَابُ اللَّهِ )). وَقَالَ الشَّعْبِيُّ لَا يَشْتَرِطُ الْمُعَلِّمُ إِلَّا أَنْ يُعْطَى شَيْئًا فَلْيَقْبَلْهُ وَقَالَ الْحَكَمُ لَمْ أَسْمَعْ أَحَدًا كَرِهَ أَجْرَ الْمُعَلِّمِ وَأَعْطَى الْحَسَنُ دَرَاهِمَ
“Sebaik-baik upah yang diambil ialah upah mengajarkan al-Quran.” Wallahu taala a’lam. Begitu juga hadith 2115. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidhi, Abu Dawud, Ibn Majah dan Ahmad. Berkata ‘Amir al-Sha’bi, “Guru jangan mensyaratkan upah tetapi apabila diberi hendaklah ia menerimanya.” Al-Hakam berkata “Tiada ulama yang memandang makruh mengambil upah. Al-Hasan al-Basri memberi upah beberapa dirham kepada guru al-Quran.

Sebahagian fuqaha’ mengatakan keharusan menerima upah mengajar al-Quran adalah mengikut uruf dan adat setempat. Inilah pandangan yang lebih tepat. Dalam Sahih al-Bukhari disebutkan bahawa Abu Said al-Khudri pernah mengambil upah setelah menjampi seorang pesakit dengan ayat al-Quran.

Sebaik-baiknya seorang ahli al-Quran mempunyai profesion lain bagi mencari keperluan hidupnya. Contohnya berniaga atau menguasai kemahiran-kemahiran duniawi yang berbentuk teknikal yang lain.
WaLLahu A’lam.

Advertisement

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: