Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Membaca Surah al-Kahfi Hari Jumaat

KEUTAMAAN SURAH AL-KAHFI.
Soalan: Akm Ust Abid, bolehkah ustaz tolong senaraikan fadilat-fadilat surah al-kahfi? sekian terima kasih, shukran.
Razi, Gemas.

Jawapan:
al-Imam Muhammad ibn Idris al-Shafii dalam al-Umm mengatakan bahawa adalah sunat membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat dan siang hari Jumaat. al-Imam Yahya ibn Sharaf al-Nawawi dalam al-Adhkar dan al-Tibyan. Adalah al-Imam al-Hasan ibn Ali membacanya setiap malam. Disunatkan juga membacanya berulang-ulang.

Antara fadilat membaca surah al-Kahfi

1.Menurut Anas ibn Malik pembacanya diberi cahaya antara langit dan bumi, terpelihara dari azab kubur, nyalaan api, kesempitan, himpitan kubur, pukulan malaikat yang ganas kasar, cacing-cacing, ulat, himpitannya. Hadith ini ditakhrij oleh al-Imam al-Darimi dalam Musnadnya, Kitab Fadail al-Quran hadith 3273. a-Hafiz Abu Bakr ibn Mardawayh meriwayatkan dari Ibn Umar ra,
من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة سطع له نور من تحت قدمه إلى عنان السماء يضيء له يوم القيامة وغفر له ما ين الجمعتين . روى الدارمي بسنده عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ *
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bersinar cahaya dari kakinya hingga ke kaki langit, bersinar cahaya itu hingga Hari Qiyamat dan diampunkan dosanya antara 2 Jumaat.” (yakni dosa semingga yang lalu).

2.Antara kelebihan surah al-Kahfi ialah Allah memberikan cahaya pada hati pembacanya, membersihkannya dan dipenuhi dengan hidayah dan kebenaran. Al-Hafiz Sa’id ibn Mansur meriwayatkan dalam al-Sunan dari Abu Sa’id al-Khudri,
من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة أضاء له من النور ما بينه وبين البيت العتيق
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi baginya cahaya dari tubuhnya hingga ke al-Bayt al-Atiq (Kaabah).” Begitu juga yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Bakr al-Bayhaqi, al-Hakim dan Ahmad ibn Musa ibn Mardawayh.

3.Terpelihara dari penipuan dan penyesatan dajjal. Dajjal dan kuncu-kuncunya mempromosikn syurganya yang membawa ke Neraka Jahannam. Al-Hafiz al-Diya’ al-Maqdisi, meriwayatkan dari dari Ali ibn al-Husayn dari ayahnya dari Ali,
من قرأ سورة الكهف فهو معصوم إلى ثمانية أيام من كل فتنة وإن خرج الدجال عصم منه
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi maka ia terpelihara 8 hari dari segala fitnah sekiranya Dajjal datang nescaya ia terpelihara darinya.”
Sabit dalam Sahih Muslim Kitab Solat al-Musafirin, Bab Fadl Surah al-Kahf hadith dari Abu Darda’ bersabda Nabi saw,
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَات من أول سورة الكهف عصم من الدجال, وفي رواية : مِنْ آخِرِ..
“Sesiapa yang menghafaz 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir akan terpelihara dari fitnah dajjal. Sesiapa yang berjumpa dengan dajjal bacalah awal surah al-Kahfi. Sesiapa yang hafaz 10 ayat terpelihara dari dajjal sesiapa yang menghafaz seluruhnya akan masuk syurga.” Dalam riwayat Abu ‘Isa al-Tirmidhi “Sesiapa yang menghafaz 3 ayat terawal surah al-Kahfi..” dan beliau berkata hadith hasan sahih.

4.Rumahnya terpelihara tidak dimasuki syaitan, mjd tenang dan damai. Dalam riwayat al-Mardawayh dari Abdullah ibn Mughaffal, “Rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Kahfi, tidak dimasuki syaitan pada malam itu.”

5.Mendapat cahaya di kegelapan kubur dan kegelapan Qiyamat, serta cahaya di titian Sirat.
Dalam riwayat al-Imam al-Baihaqi,
من قرأ سورة الكهف كما أنزلت كانت له نورا يوم القيامة
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan maka surah ini menjadi cahaya baginya pada hari Qiyamat.”

6.Diampunkan banyak dari dosa-dosanya. Al-Tha’labi dan al-Mahdawi meriwayatkan, “Apabila surah al-Kahfi dibaca datang 70,000 malaikat mendengarnya, sesiapa yang membacanya pada hari Jumaat diampunkan dosanya dan terpelihara dari fitnah dajjal.” Malaikat akan meminta keampunan untuknya dan dia diberi ketenangan oleh Allah. Ia menjadi masyhur di kalangan penghuni langit.

7.Tidak akan takut kepada dajjal dan pengikut-pengikutnya. Dalam Sahih Muslim, “Sesiapa yang menemui dajjal, maka bacalah ke atasnya permulaan surah al-Kahfi”. Dalam Sunan al-Darimi,
حَدَّثَنَا أَبُو الْمُغِيرَةِ حَدَّثَتْنَا عَبْدَةُ عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ قَالَ: مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنَ الْكَهْفِ لَمْ يَخَفِ الدَّجَّالَ.
Khalid ibn Ma`dan berkata, “Sesiapa yang membaca dan menghafaz 10 ayat dari surah al-Kahfi, dia tidak akan takut kepada Dajjal”. (Kitab Fada’il al-Qur’an, Hadith 3271).

8.Bacaannya dihadiri malaikat. Al-Imam Ahmad ibn Hanbal meriwayatakan dalam al-Musnad, dari Abu Ishaq berkata, Aku mendengar al-Bara’ berkata, “Seorang lelaki membaca surah al-Kahfi. Di luar ada seekor kuda ditambat berbuat seolah-olah hendak lari. Pembaca al-Quran itu lantas keluar tiba-tiba dia melihat awan berkepul-kepul di atasnya. Keesokannya, dia memberitahu akan hal itu kepada Nabi saw, lantas Nabi saw bersabda, “Bacalah al-Quran, itulah sakinah yang turun kerana bacaanmu.” Hadith ini ditakhrij juga dalam Sahihayn dari Shu’bah. Lelaki yang membaca al-Quran itu ialah Usayd ibn Hudayr ra. Dalam riwayat lain, “Itu adalah malaikat yang turun mendengar bacaanmu, Sekiranya engkau terus membacanya, nescaya ramai orang Islam akan melihat malaikat itu dengan jelas.”

Menurut penulis, ini sekiranya dia menghafaznya dengan baik, bacaan yang baik, bersungguh-sungguh memahaminya (tafsirnya), mengambil pengajaran dan beramal dengan isi kandungannya. Orang yang memahami al-Quran dan bertaqwa pasti akan memelihara dirinya dari fitnah dajjal dan dari terjerumus dalam neraka Jahannam yang mengerikan.

Single Post Navigation

One thought on “Membaca Surah al-Kahfi Hari Jumaat

  1. NAK KONGSI on said:

    boleh saya copy artikel ni dan letakkan dalam blog saya? tksh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: