Kalimah Hikmah al-Imam al-Sadiq
Cinta ‘Ulama’ Ahl al-Bayt a.s.
Al-Imam Ja`far al-Sadiq ibn Muhammad al-Baaqir (83-148H).
1.“Aku ada seorang sahabat yang sangat besar dihatiku. Yang menyebabkan ia sangat besar dihatiku ialah kerana sangat kecil dunia di matanya.”
2. Ja`far berkata, “Sekiranya ada seorang yang menangis kerana Allah, nescaya Allah menyayangi umat itu.”
3. Sekiranya kamu dapat beruzlah di dalam rumahmu maka lakukanlah. Kewajianmu ketika keluar ialah tidak mengumpat, tidak menipu, tidak hasad, tidak riya’, tidak berhias-hias (bermuka2) dan tidak tidak mengampu. Sebaik-baik tempat ibadah seorang muslim ialah rumahnya. Ia dapat menahan matanya, memelihara lidahnya, dirinya dan kemaluannya.