Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

al-Imam 'Abdullah al-'Umari al-Zahid

Cinta al-‘Umari al-Hafiz

‘Abdullah ibn ‘Abd al-‘Aziz al-‘Umari, ibn ‘Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khattab r.a. Abu ‘Abd al-Rahman al-Zahid.

Berkata al-Hafiz al-Zahabi, ‘Abdullah ibn ‘Abd al-‘Aziz al-‘Umari, imam, zahid, qudwah. Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata dalam Taqrib al-Tahdhib, al-‘Umari thiqah abid zahid.

Sufyan ibn ‘Uyaynah berkata, “al-‘Umari adalah alim yang dijanjikan kemunculannya dalam hadith oleh baginda saw.”

Antara imam hadith yang meriwayatakan hadith darinya ialah Ibn ‘Uyaynah, Ibn al-Mubarak al-Imam, ‘Abdullah ibn ‘Imran al-‘A’izi dan lain-lain.

Al-‘Umari sentiasa membawa buku untuk dibaca ke mana saja ia pergi. Beliau banyak menghabiskan masanya di perkuburan dan berkata, “Tiada yang lebih menasihati seperti kubur, tiada yang lebih menyenangkan dari buku dan tiada yang lebih selamat dari bersendirian.”

Ia berkata kepada Khalifah Harun ketika di tempat sa’ei, “Wahai Harun!, Pandanglah ke kiri!! Harun menjawab, “Baiklah wahai pakcik”.
Al-‘Umari berkata, “Pandanglah ke Ka’bah, berapakah bilangan mereka?” Harun berkata, “Siapa yang dapat mengira bilangan mereka melainkan Allah?”
Al-‘Umari berkata, “Setiap diri akan ditanya tentang dirinya sendiri, kamu sahaaja akan ditanya tentang setiap mereka itu!” lalu Harun menangis sehingga teresak-esak.

Harun sangat gerund kepada ‘Umari walau ketika diirngi oleh 100,000 tenteranya.

Harun al-Rashid pernah memberi kepada 20,000 dinar lalu ditolaknya.

Al-‘Umari berkata ketika menjelang kematiannya, “Dengan nikmat Tuhanku aku berkata, sekiranya harta dunia ini seluruhnya di bawah kakiku, tidak akan aku alihkan kakiku untuk mengambilnya (yakni kerana tidak mahu mencintai sesuatu yang dibenci oleh Kekasihnya). Cukuplah bagi ku 7 dirham hasil kerjaku dari dari pohon itu.”

Isma`il ibn ‘Umar berkata, Saya mendengar Abu ‘Abd al-Rahman Al-‘Umari al-Zahid berkata, “Sesungguhnya termasuk kelalainmu ialah berpalingnya kamu dari Allah. Iaitu kamu melihat perkara yang dibenci Allah kamu membiarkannya. Apabila seseorang itu biasa meninggalkan amar makruf dan nahi munkar, kerana takut kepada makhluk, maka ia akan diperlekehkan oleh anak dan isterinya sendiri.”

Berkata al-‘Umari, berkata Abu Tiwalah, dari Anas r.a., bersabda Rasulullah saw, “Zabaniyah lebih cepat menyambar ulama’ fasiq dari penyembah berhala. Kerana tidak sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui.”
Berkata Mus`ab al-Zubayri, al-‘Umari wafat pada tahun 184H ketika berumur 60 tahun. Semoga Allah merahmatinya dan meredhainya.

Terjemahan: al-Faqiir Abid

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: