Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Lelaki Haram Bergelang

Hadith Nabawi

Al-Imam Ahmad ibn Hanbal meriwayatkan dari ‘Imran r.a., bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang dari tembaga lalu baginda bertanya, “Celaka kamu, gelang apa ini??” Lelaki itu menjawab, “Ini wahinah (gelang tangkal untuk sihat, mengelak penyakit)”.
Nabi bersabda, “Tanggalkan ia!, campakkan ia!! Ketahuilah, ia tidak menambahkan kamu melainkan kelemahan! Buanglah ia dari kamu!, sekiranya kamu mati sedangkan kamu memakainya, kamu tidak berjaya (dari azab Neraka) selama-lamanya!!.”
(al-Imam Ahmad, Al-Musnad, Musnad al-Basriyyin, hadith 19149; al-Hafiz Ibn Majah al-Qazwini hadith 3522)

Fiqh dan Pengajaran Hadith
1. Mentaati perintah Nabi saw adalah wajib. Hadith Nabi adalah imam, wahyu, kata pemutus dan panduan hidup muslimin dalam segenap urusan hidup
2. Memakai tangkal di tangan atau di lengan, antara siku dan bahu (al-wahinah) adalah dilarang Nabi saw. Bergelang akan melemahkan tubuh dan merosakkan iman.
3. Bergelang bagi lelaki adalah dilarang, termasuk dosa besar, haram dan bid`ah yang menyesatkan walau sekadar suka-suka
4. Bergelang dengan tujuan berubat adalah batil, munkar dan syirik kerana ia menyamai perbuatan bertangkal
5. Perbuatan itu adalah celaka dan dicela oleh Nabi saw. Seseorang itu tidak dikira beriman sehinggalah ia merujuk dan patuh sunnah Nabi dalam seluruh urusan hidupnya. Seseorang itu tidak dikira beriman sehinggalah dirinya dan hawanafsunya mengikuti sunnah Nabi, meninggalkan larangan baginda saw
6. Apabila Rasul telah memutus sesuatu hukum, haram seseorang muslim atau muslimah menolaknya, berdolak-dalih atau memilih-memilih. Setiap pandangan, citarasa dan fatwa yang bersalahan dengan hadith Nabi adalah terbatal, palsu dan sesat.
7. Jangan mengikut amalan orang lain yang tidak fahama tentang syariah dan sunnah, suruhan dan larangan
8. Setiap perbuatan mengandungi hukum sama ada haram, harus, makruh, sunat atau wajib
9. Wajib mentaati sunnah, meninggalkan amalan yahudi dan musyrikin. Bergelang bagi lelaki adalah haram, maksiat, bid`ah serta syirik

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: