Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Apa itu ‘Asabiyyah

Dalam hadith-hadith sahih terdapat larangan dari sikap ‘asabiyyah dan mengajak kepada ‘asabiyyah seperti ‘asabiyyah perkauman yang sempit, berjuang di bawah panji perjuangan yang kabur, sekular, sesat dan bid`ah serta pilih kasih (disebut dalam hadith sebagai ‘asabiyyah ‘immiyyah dan qitlah jahiliyyah).
14 روايةً. م الإمارة 3440 حَدَّثَنَا هُرَيْمُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي مِجْلَزٍ عَنْ جُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ((مَنْ قُتِلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَدْعُو عَصَبِيَّةً أَوْ يَنْصُرُ عَصَبِيَّةً فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ)). *
Al-Imam Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari Jundab ibn ‘Abdillah al-Bajali berkata bersabda Rasulullah saw, “Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera ‘immiyyah, mengajak kepada kepada ‘asabiyyah atau membantu ‘asabiyyah maka ia mati dalam jahiliyyah.” Sahih Muslim, al-Imaarah, hadith 3440. (terdapat 14 riwayat tentang asabiyyah).

Lihat Muslim ibn al-Hajjaj al-Naysaburi (2001), Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Wujub Mulazamah Jama`at al-Muslimin, no hadith 3436, 3437, 3401, 3938; al-Nasa’i (1999), al-Sunan al-Sughra, Kitab Tahrim al-Dam, Bab al-Taghliz Fiman Qatal Tahta Rayah ‘Immiyyah, no. hadith 4046; Ahmad (1999), al-Musnad, Baqi Musnad al-Mukthirin, no hadith 7063, 7716, 9941; Ibn Majah (1999), al-Sunan, Kitab al-Fitan, Bab al-‘Asabiyyah, no. hadith 3938.

Dilarang segala bentuk ‘asabiyyah perkauman, kenegerian, bangsa, keluarga, kecuali asabiyyah (fanatic) kepada agama Allah. Hanya bendera Islam yang diterima dan diizinkan, dilarang marah kerana kaum, Negara, bangsa, keluaraga, kebendaan, ideologi, system selain Islam. Segala perjuangan, seruan, dan pergerakan jahiiyyah adalah haram kecuali perjuangan Islam. Dalam riwayat Abu Dawud dinyatakan bahawa ‘asabiyyah ialah membantu kaum atau bangsa sendiri melakukan kezaliman iaitu syirik dan maksiat.al-Sunan, al-Adab, hadith 4456.

‘Asabiyyah juga sinonim dengan sifat pilih kasih dan berat sebelah dalam sesuatu perkara, memberikan hak kepada orang yang tidak berhak.

Single Post Navigation

8 thoughts on “Apa itu ‘Asabiyyah

  1. Terbit Fajar on said:

    Satu persoalan. Apakah UMNO itu bersifat ‘asabiyyah, kerana ia memperjuangan bangsa melayu..???

  2. Hamba ALLAH yang Kerdil on said:

    assalamualaikum . . sama sahaja dengan pas , pr dan lain2 dan jugaParti2 di dunia ini . . tidak perasankah kamu maksud hadis ni .? oleh kerana Demokrasi , Kita jadi asabiyayah . . padahal kita sesama agama . . Jadi adakah ini yang dikatakan perjuangan Islam .? adakah cara ini yang dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W .?

    fikirkan lah . . kita dijajah , Salah satu Protokol Zionist Pecah dan perintah . . surah Al-maidah ayat 50 dan 51 . .

    perhatikan surah itu , dan hakikatnya kitalah yang ikut mereka . . kitalah yang jadikan mereka pemimpin . . kita yang sebenarnya . . Kita yang UMAT ISLAM yang Melanggar perintah ALLAH . . . oleh kerana itu , sampai keharinilah KITA TAK MAMPU BANGUN . . kerana kita jadi kan mereka sebagai pemimpin kita . kita ikut acuan mereka .. . Demokrasi ni bukan dari ISlam . tapi dari MEREKA . .

    Renung2 kan . .

    • Jadi kembali lah pada agama, jangan memimpin tanpa agama, dan jangan memilih pemimpin yang tidak mahu mengamalkan suruhan Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: