Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “November 16, 2009”

Inilah Sunnah

Solat Jamaah: Penentu Sunnah atau Bid`ah

1.Tiada jaminan syurga bagi yang menbagaikan Solat jamaah
Al-Imam Ibn Majah meriwayatkan dari dari Abu Qatadah al-Harith ibn Rib`ei al-Ansaari r.a., Rasulullah saw bersabda, Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Aku telah fardukan ke atas umatmu 5 solat sehari semalam dan Aku janjikan di sisiKu bahawa sesiapa yang memelihara waktunya dan jamaahnya nescaya Aku masukkan ia ke dalam syurga. Sesiapa yang tidak memelihara waktunya dan jamaahnya maka tiada janji bagiKu untuknya.” (Ibn Majah, Kitab Iqamat al-Salah wa al-Sunnah Fiha, hadith 1393; al-Imam Abu Dawud, al-Solah).

2.Adapun muslim yang melazimi jamaah, apabila mati ia dijamin syurga. Al-Imam Abu Dawud meriwayatkan dari Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah saw bersabda, “3 golongan semuanya dijamin Allah dengan syurga,
i.orang yang keluar berperang di jalan Allah,
ii.orang yang pergi ke masjid maka ia dalam jaminan Allah sekiranya ia mati Allah me
masukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya dengan pahala dan ghanimah,
iii.dan orang yang masuk ke dalam rumahnya dengan salam.” Dalam lafaz Ibn Hibban “…sekiranya ia hidup diberikan rezeki dan dicukupkan keperluannya, kalau ia mati nescaya masuk syurga…”. ini sabit dalam ayat-ayat al-Quran.

Bahaya Abai Solat Jamaah

1.Hidup Sesat Bersama Syaitan.
“…Sesungguhnya tangan Allah bersama jamaah, maka sesungguhnya syaitan bersama dengan orang yang memisahkan diri dari jamaah…”(Nasa’ei, Tahrim al-Dam, hadith 3954)

2.Dirasuk syaitan
Al-Imam Abu Dawud mengisnadkan dari Abu Darda’ ra berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah ada 3 orang di sebuah Bandar atau kampong yang tidak ditegakkan di kalangan mereka solat jamaah melainkan mereka telah dirasuk dan disesatkan oleh syaitan. Maka wajib kamu menghadiri solat jamaah sesungguhnya serigala memakan kambing yang jauh dari kumpulannya.”

3.Solatnya tidak diterima
Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang mendengar azan, kemudian tidak mendatangi solat jamaah, maka tiada solat baginya kecuali kerana uzur.”

4.Boleh dibakar rumahnya
Al-Imam al-Shafi`ei meriwayatkan dengan sanad sahih dari Abu Hurairah bersabda Rasulullah saw, “Demi sesungguhnya! saya ingin menyuruh solat ditegakkan dengan menyuruh seorang lelaki menjadi imam kepada orang ramai, kemudian saya pergi bersama beberapa lelaki dengan membawa bersama mereka ikatan-ikatan kayu api menuju kaum yang tidak menghadiri solat jamaah lalu saya bakar rumah mereka dengan api!.”

Malik ibn Diinaar al-Basri

Malik ibn Dinar r.a.berkata, “Tidaklah seseorang muslim terlepas dari solat jamaah melainkan kerana dosa yang dilakukannya.”

Malik adalah seorang tabi’i,faqih, abid, wa’iz, zahid. Meriwayatkan hadith dari Anas dan al-Hasan al-Basri.Beliau wafat di Basrah, Iraq.

Kebimbangan Abu al-Darda'

Abu al-Darda’ berkata, “Demi Allah! saya tidak tahu dari urusan sunnah Nabi Muhammad saw melainkan mereka itu solat berjemaaah!.” Al-Musnad, Musnad Abi Zarr, hadith 20711; Al-Bukhari, al-Azaan

Kebimbangan Abu al-Darda’

Abu al-Darda’ berkata, “Demi Allah! saya tidak tahu dari urusan sunnah Nabi Muhammad saw melainkan mereka itu solat berjemaaah!.” Al-Musnad, Musnad Abi Zarr, hadith 20711; Al-Bukhari, al-Azaan

Peringatan 'Abdullah ibn Mas`ud r.a.

Berkata Ibn Mas`ud, “.. sekiranya kamu meninggalkan solat jamaah dan hanya solat di rumah seperti ahli nifaq bermakna kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu, apabila kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu nescaya kamu pasti sesat…”. Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud.

Peringatan ‘Abdullah ibn Mas`ud r.a.

Berkata Ibn Mas`ud, “.. sekiranya kamu meninggalkan solat jamaah dan hanya solat di rumah seperti ahli nifaq bermakna kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu, apabila kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu nescaya kamu pasti sesat…”. Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud.

Post Navigation