Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Inilah Sunnah

Solat Jamaah: Penentu Sunnah atau Bid`ah

1.Tiada jaminan syurga bagi yang menbagaikan Solat jamaah
Al-Imam Ibn Majah meriwayatkan dari dari Abu Qatadah al-Harith ibn Rib`ei al-Ansaari r.a., Rasulullah saw bersabda, Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Aku telah fardukan ke atas umatmu 5 solat sehari semalam dan Aku janjikan di sisiKu bahawa sesiapa yang memelihara waktunya dan jamaahnya nescaya Aku masukkan ia ke dalam syurga. Sesiapa yang tidak memelihara waktunya dan jamaahnya maka tiada janji bagiKu untuknya.” (Ibn Majah, Kitab Iqamat al-Salah wa al-Sunnah Fiha, hadith 1393; al-Imam Abu Dawud, al-Solah).

2.Adapun muslim yang melazimi jamaah, apabila mati ia dijamin syurga. Al-Imam Abu Dawud meriwayatkan dari Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah saw bersabda, “3 golongan semuanya dijamin Allah dengan syurga,
i.orang yang keluar berperang di jalan Allah,
ii.orang yang pergi ke masjid maka ia dalam jaminan Allah sekiranya ia mati Allah me
masukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya dengan pahala dan ghanimah,
iii.dan orang yang masuk ke dalam rumahnya dengan salam.” Dalam lafaz Ibn Hibban “…sekiranya ia hidup diberikan rezeki dan dicukupkan keperluannya, kalau ia mati nescaya masuk syurga…”. ini sabit dalam ayat-ayat al-Quran.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: