Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Nikah Tahkim

SOALAN:

Apakah dalil-dalil wali tahkim? Benarkah Imam Shafi`ei mengharuskan nikah tahkim? Bolehkah nikah guna wali tahkim di Malaysia?

Shukri, Johor.

JAWAPAN

Tahkim ialah NIKAH BERWALIKAN MANA2 LELAKI SALIH (tahkim). Antara hujah keharusannya ialah ijtihad para ulama mujtahidun

1. Al-Imam Ibn Sirin al-Basri
Al-Hafiz Ibn Hazm berkata telah sabit riwayat yg sahih dr Ibn Sirin, mana-mana perempuan yang tidak mempunyai wali lalu menyerahkan kewaliannya kepada mana-mana lelaki utk mengaqadkannya maka ia adalah harus (sah). Lalu beliau membaca ayat “Orang2 beriman itu bersaudara, sebahagian mrk wali kpd sebahagian yang lain…”

2. Al-Imam Malik ibn Anas
al-Imam Malik ibn Anas membenarkan wanita yang tidak cantik, tidak berharta, tidak berketurunan mulia untuk bernikah tanpa wali. Dawud al-Zahiri mengharuskan nikah tanpa wali bagi janda dan mensyaratkan wali bagi wanita dara.

3. Al-Imam al-Shafi`ei
al-Hafiz Yunus ibn ‘Abd al-A`la mengatakan bahawa al-Imam al-Shafi`ei sendiri mengatakan bahawa sekiranya seorang wanita dalam musafir dan ketiadaan wali, lalu ia tahkim iaitu menyerahkan perkahwinannya kepada seorang lelaki, maka itu adalah harus (sah). al-Imam al-Nawawi menyokong perkara itu dengan syarat lelaki itu mesti adil. al-Nawawi mengatakan bahawa Yunus seorang yang thiqah (yakni riwayatnya dari  Imam Shafi`ei adalah sahih). (al-Imam al-Nawawi, al-Majmu` Sharh al-Muhazzab, jld 17, ms 308-315; Abu Bakr al-Husni, Kifayat al-Akhyar)

Hukum Nikah Tahkim

Hukumnya: Sah, Harus serta makruh kerana masih wujud imam atau sultan (pemerintah sebagai wali) dan sesetengah pemerintah (enakmen negeri) tidak membenarkan perkara itu kecuali Perlis (tidak harus menurut al-Sharbini al-Khatib kecuali darurat). Wallahu A’lam.

Telah Sepakat seluruh ulama’ muslimin, Sekiranya lahir anak, maka anak itu adalah sah, dibinkan kepada bapanya dan mewarisi harta bapanya.

Terbukti Islam agama yang mudah dan penyayang , hanya manusia dan enakmen ciptaan manusia yang menyusahkan, membebankan dan merumitkan.


Semua jenis nikah ini diraikan dan dihormati hatta nikah mut’ah Syiah (kerana Nabi saw pernah mengizinkannya), nikah Siam, nikah tahkim dan nikah Mazhab Hanafi. Semua nikah ini mempunyai aqad, mahar dan saksi (kecuali mut’ah xwajib saksi). Semuanya diterima, jangan bebal menuduh si fulan dan fulan berzina, bersekedudukan, liwat dan sebagainya secara tidak berilmu dan dangkal.Ingatlah, sekiranya demikian anda telah meruntuhkan amalan kamu 100 tahun.

Single Post Navigation

One thought on “Nikah Tahkim

  1. Syukran…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: