Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “November 12, 2009”

Fadilat Solat Jamaah dan Duha

1. Mendapat pahala haji dan umrah. Al-Imam Abu Dawud al-Sijistani meriwayatakan dengan sanadnya dari Abu Umamah radiyallahu ‘anh, Rasulullah saw bersabda,
“Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci (berwudhu’), menuju solat fardhu berjemaah maka pahalanya seperti pahala haji! Sesiapa pergi ke masjid untuk solat Dhuha bukan kerana tujuan lain maka pahalanya seperti pahala umrah (Ahmad dan Abu Dawud, hadith 471).

2. Menjadi tetamu Allah kerana menziarahi Allah. Siapakah yang lebih mulia dari tetamu Allah di bumi ini? Nabi saw bersabda, “Menjadi hak Allah memuliakan hamba yang menziarahiNya.”

3.Pahala saf pertama dan kanan saff

4.Mendapat naungan di bawah Arasy di Mahsyar.

5.Setiap langkah kaki dicatat, diberi pahala, menghapus dosa2.Pahalanya terlalu besra sehingga malaikat berselisih ttg pahalanya!

6.Hidup bahagia, mati bahagia.

7. Suci dari dosa spt anak yg keluar dr perut ibunya. Hadith sahih.

8.Mengangkat darjat di syurga.

9.Mendpt cahaya ketika kegelapan Qiyamat.

10.Mendapat nuzul difayah (makanan dan minuman) di syurga stp kali dtg ke masjid.

11.Allah gembira dan bash dgn kedatangannya.!!

12. Masuk masjid dikira solat dan didoakan keampunan oleh malaikat.

13.Allah taajub.!!

14.270 kali ganda

15.Pendinding dari syaitan.

16.Digandkan pahala sekiranya jamaah lbh ramai

17.Kelepasan dari nifaq dan kelepasan dr Neraka!! bg yg solat jamaah selama 40 hari…

Dari Anas radhiyallahu  anhu, Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang bersolat jamaah selama 40 hari, ikhlas kerana Allah, tanpa terlepas dari takbir pertama bersama imam, nescaya Allah memberikan kepadanya dua kelepasan; kelepasan dari APi Neraka Jahannam dan kelepasan dari sifat munafiq.” (HR al-Tirmizi, sanadnya hasan).

18.Subuh dan Isya’ jamaah umpama solat spjg mlm

19.Memelihara subuh dan Asar dpt melihat wajah Allah banyak kali.

20.Kesatuan hati dan syiar ; taqwa. Sesiapa yang mengagungkan syiar2 Allah, maka itu dari hati yang bertaqwa. (Surah al-Hajj; ayat 32).

21.Syarat maghfirah dan jannah. Surah Ali ‘Imran ayat 133.

22.Berjaya melintasi titian sirat. Nabi saw bersabda, “Alllah telah menjamin bagi sesiapa yang menjadikan masjid sebagai rumahnya (iaitu solat 5 waktu di masjid) dengan kerehatan, rahmat dan kejayaan melintasi titian Sirat,menuju redha Allah swt, ke syurga.” Sahih HR al-Tabarani.

23.Masuk syurga tanpa hisab dan azab sekiranya mempunyai sifat warak, zuhd, tidak percaya kpd sial dan tawakkal.

Tazkir al-Jamaah bima Ja’a fi Fadail Jamaah. http://www.said.net

Alangkah ruginya diri yang meninggalkan jamaah melainkan ada uzur dan alasan…Allahumma ighfir li

Fadilat Solat Jamaah

1. Solat Jamaah Tanda kesahihan iman kepada Allah dan Akhirat

الدارمي الصلاة 1195 أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ عَنْ دَرَّاجٍ أَبِي السَّمْحِ عَنْ أَبِي الْهَيْثَمِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ((إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسَاجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ فَإِنَّ اللَّهَ يَقُولُ ( إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ ) *ت ق أحمد .

Rasulullah saw bersabda, “Apabila kamu melihat seseorag beriltizam ke masjid maka saksikanlah baginya iman. Sesungguhnya Allah berfirman, hanyalah orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat…”

2.Dapat sujud kepada Allah pada Hari Saaq!!

3. Sebab masuk syurga dan selamat dari Neraka. Sesiapa yang solat bardayn ia masuk syurga.

قال : ( لن يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس وقبل غروبها ) يعني الفجر والعصر ….

Tidak akan masuk Neraka seseorang yg solat sblm terbit matahari dan seblm terbenamnya.

Thabit al-Bunani

Thabit ibn Muslim al-Bunani, seorang hafiz hadith, alim, tabi`i, mengisnadkan hadith dari Anas, Shaddad, Ibn ‘Umar, Ibn al-Zubayr dan lain-lain.

Berkata Shu`bah, Thabit mengkhatamkan al-Quran setiap malam dan berpuasa sepanjang hayatnya.

Berkata Sahl ibn Aslam,Thabit solat setiap malam 300 rakaat. Apabila tiba waktu subuh ia berkata, “Aaah, aku ditewaskan oleh para abid…”

Thabit banyak menangis ketika solat, tazkirah dan solat.

Thabit r.a. telah berjaya qiyamullail selama 50 tahun. Wafat pd thn 123 H, sama tahun dgn Malik Dinar, dan Muhmmad ibn Wasi’. Semoga Allah meredhainya.

Nikah Mut`ah

Soalan: Akm, apakah hukum nikah mut`ah? Apakah hukum anak yang lahir dari nikah mut’ah? Jawapan: Berlaku khilaf di kalangan ulama muslimin tentang nikah mut’ah.

(i). Nikah mut`ah menurut jumhur ulama mujtahidun telah dimansuhkan dalam Islam yakni telah diharamkan. Apabila berlaku dan terhasil anak dari nikah mut`ah, maka anak itu anak yang sah, anak HALAL,  bukan anak zina, dinasabkan kepada bapanya dan mewarisi hartanya menurut kesepakatan ulama 4 mazhab.

(ii). Sestengah ulama mengesahkan nikah mut’ah. Dikatakan bahawa antara yg mengharuskan mut’ah ialah Ibn ‘Abbas (ketika darurat), Jabir ibn ‘Abdillah, ‘Imran ibn Husoyn, Sa’id ibn Jubayr, Ibn Mas’ud (sekiranya dlm perang), Abu Zarr (mengatakan hanya utk sahabat Nabi), Mu’awiyah. Dari kalangan tabiin ‘Ata’, Tawus, Ibn Jubayr, Isma’il al-Suddi dan pengikut2 mereka juga Ibn Jurayj al-Makki serta Ulama’ Ahli Makkah.

Dalil Pengharaman Nikah Mut’ah Cukup dengan riwayat Sabrah ibn Ma’bad r.a., Rasululluh saw berkata,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، إِنِّي قَدْ كُنْتُ أَذِنْتُ لَكُمْ فِي الِاسْتِمْتَاعِ مِنَ النِّسَاءِ ، أَلَا وَإِنَّ اللَّهَ قَدْ حَرَّمَهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ، فَمَنْ كَانَ عِنْدَهُ مِنْهُنَّ شَيْءٌ ، فَلْيُخَلِّ سَبِيلَهَا ، وَلَا تَأْخُذُوا مِمَّا آتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا ” .

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah mengizinkan kalian bersedap2 (nikah mut’ah) dengan para. Ketahuilah bahawa  Allah telah mengharamkannya hingga hari Qiyamat. Sesiapa yang masih ada padanya mana2 wanita mut’ah maka lepaskanlah, dan jgn kamu ambil sedikit pun dari mahar yg telah kamu berikan kepada mereka.”

Sahih Muslim, Kitab al-Nikah, no 2510. Ibn Majah 1962, Abu Dawud, Ibn Abi Shaybah, Ibn al-Jarud, ‘Abd al-Razzaq, al-Humaydi, Ahmad, al-Darimi, al-Tabari dan al-Bayhaqi.

‘Ali ibn Abi Talib r.a. berkata, Sesungguhnya Rasulullah saw telah mengharamkan nikah mut’ah ketika Perang Khaybar, dan memakan daging keldai kampung. HR al-Bukhari, Muslim dan al-Tabari.

Bagaimana rukun nikah Mut’ah?

Melalui pemerhatian, dalam Zahir nas, nikah mut’ah sahabat dalam perang menunjukkan nikah itu hanya mahar tanpa menyebut dua saksi dan wali.

Dalam Tafsir al-Tabari disebutkan bahawa nikah mut’ah itu dengan dua saksi, mahar, aqad dan kezinnan wali. Dalam Taqrib al-Khalidi (jld 2, ms 560), tidak disebut keizinan wali, hanya dua saksi, syarat tempoh tertentu.?

Fatwa Ibn ‘Abbas tentang Mut’ah.

Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu mempunyai tiga pendapat tentang hukum mut’ah.

1. • Membolehkannya secara mutlak.
Disebutkan dari ‘Atha`, beliau mendengar Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu berpendapat bahawa nikah mut’ah boleh …[  HR Mushannaf, Abdurrazzaq (14022) ]

2. • Membolehkannya dalam keadaan darurat. Riwayat ini yang paling masyhur dari beliau.
Antaranya riwayat dari Ubaidillah [34] : “Bahawa ‘Abdullah bin ‘Abbas berfatwa tentang mut’ah. Para ahli ilmu mencelanya kerananya, akan tetapi beliau tidak berganjak dari pendapatnya, hingga para ahli syair melantunkan syair tentang fatwanya :

Wahai kawan, kenapa engkau tidak melakukan fatwa Ibnu ‘Abbas?
Apakah engkau tidak mahu dengan si perawan montok, dan seterusnya …

Maka berkata Ibnu ‘Abbas: “Bukan itu yang aku maksudkan, dan bukan begitu yang aku fatwakan. Sesungguhnya mut’ah tidak halal, kecuali bagi yang terpaksa. Ketahuilah, bahawa ia tidak ubahnya seperti makan bangkai, darah dan daging babi”. (Ucapan Ibnu Abbas di atas disebutkan oleh al Baihaqi di dalam Sunan-nya (7/205).

3. • Melarangnya secara mutlak, akan tetapi riwayat ini lemah. [35]

Pandangan ULAMA TENTANG FATWA IBNU ‘ABBAS RADHIYALLAHU A’NHU
• Tanggapan Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhu.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Salim mawla Ibnu ‘Umar, ia berkata :
Dikatakan kepada Ibnu Umar: “Ibnu Abbas memberi keringanan terhadap mut’ah”. Beliau (Ibnu ‘Umar) berkata,”Aku tidak percaya Ibnu Abbas mengucapkan itu.” Mereka berkata,”Benar, demi Allah, beliau telah mengucapkannya,” lalu Ibnu Umar berkata,”Demi Allah, dia tidak akan berani mengucapkan itu pada masa Umar. Jika dia hidup, tentu dia hukum setiap yang melakukannya. Aku tidak mengetahuinya, kecuali (mut’ah) itu adalah perbuatan zina.” HR ‘Abdur Razaq dlm Musannaf-nya (14020) dengan sanad sahih. Lihat Jami` Ahkam al-Nisaa’ (3/199).

al-Khattabi berkata,”Ibn ‘Abbas membolehkannya bagi orang yang terdesak, kerana lamanya membujang, dan kurangnya kemampuan. Lalu beliau berhenti dari fatwa tersebut (iaitu rujuk) [ HR ‘Abdur Razaq dlm Musannaf-nya (14020) dengan sanad sahih].” Hal yang sama juga disampaikan oleh Ibnul Qayyim.

Jama' Solat Ketika Hujan

Soalan: Akm, bolehkah solat jama’ ketika hujan dalam mazhab Imam Shafi`ei?

Jawapan
Ketika hujan dibolehkan jama` solat di masjid dan dibolehkan untuk solat di rumah berjemaaah bersama keluarga, yakni tidak wajib hadir jamaah di masjid.Imam Shafiei menyebutkan keharusan ini dalam kitab al-Umm; dan meriwayatkan hadith sahih dari Ibn ‘Abbas ra

الجمع للمطر
خ مواقيت الصلاة باب تأخير الظهر إلى العصر 510 حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ هُوَ ابْنُ زَيْدٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ زَيْدٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِالْمَدِينَةِ سَبْعًا وَثَمَانِيًا الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ وَالْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ فَقَالَ أَيُّوبُ لَعَلَّهُ فِي لَيْلَةٍ مَطِيرَةٍ قَالَ عَسَى

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya, Ibn ‘Abbas berkata, Sesungguhnya Nabi saw telah solat di Madinah 7 dan 8 rakaat, zuhur dan asar, maghrib dan isya’. Berkata Ayyub mungkinkah itu pada malam yang hujan? Ia berkata, ya. Riwayat al-Bukhari

Jama’ Solat Ketika Hujan

Soalan: Akm, bolehkah solat jama’ ketika hujan dalam mazhab Imam Shafi`ei?

Jawapan
Ketika hujan dibolehkan jama` solat di masjid dan dibolehkan untuk solat di rumah berjemaaah bersama keluarga, yakni tidak wajib hadir jamaah di masjid.Imam Shafiei menyebutkan keharusan ini dalam kitab al-Umm; dan meriwayatkan hadith sahih dari Ibn ‘Abbas ra

الجمع للمطر
خ مواقيت الصلاة باب تأخير الظهر إلى العصر 510 حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ هُوَ ابْنُ زَيْدٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ زَيْدٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِالْمَدِينَةِ سَبْعًا وَثَمَانِيًا الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ وَالْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ فَقَالَ أَيُّوبُ لَعَلَّهُ فِي لَيْلَةٍ مَطِيرَةٍ قَالَ عَسَى

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya, Ibn ‘Abbas berkata, Sesungguhnya Nabi saw telah solat di Madinah 7 dan 8 rakaat, zuhur dan asar, maghrib dan isya’. Berkata Ayyub mungkinkah itu pada malam yang hujan? Ia berkata, ya. Riwayat al-Bukhari

Tanda Solat Diterima

Firman Allah SWT “…sesungguhnya aku hanya menerima amalan orang-orang bertaqwa.”
Tanda solat diterima.
Terdapat 6 tanda solat seseorang hamba itu diterima sebagaimana yang disebut dalam hadith qudsi.

Al-Hafiz al-Bazzar mengisnadkan dari Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah saw meriwayatkan dari TuhanNya, Allah berfirman,

قال الله تبارك وتعالى إِنَّمَا أَتَقَبَّلُ الصَّلاَةَ مِمَّنْ تَوَاضَعَ لِعَظَمَتِيْ ، وَلَمْ يَسْتَطِلْ عَلَى خَلْقِيْ ، وَلَمْ يَبِتْ مُصِرًّا عَلَى مَعْصِيَتِيْ ، وَقَطَعَ نَهَارَهُ فِي ذِكْرِيْ ، وَرَحِمَ الْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيْلِ وَالأرْمَلَةَ ، وَرَحِمَ الْمُصَابَ ، ذَلِكَ نُورُهُ كَنُورِ الشَّمْسِ أَكْلأهُ بِعِزَّتِي وَأَسْتَحْفِظُهُ مَلاَئِكَتِيْ …

“Sesungguhnya Aku hanya menerima solat orang yang tawadhu` dalam solatnya kepada keagunganKu, tidak sombong (zalim) kepada hamba-hambaKu, tidak mengulangi maksiat kepadaKu, menghabiskan masa siangnya mengingatiKu, mengasihani orang miskin, yang terkandas (juga tetamu) dan janda, mengasihani orang yang ditimpa bencana. Orang ini cahanya seperti cahaya matahari, aku memeliharanya dengan kemuliaanKu, dan Aku juga mengarahkan para malaikatKu memeliharanya…” (Nur al-Din al-Haythami, Kashf al-Astar Fi Zawa’id al-Bazzar, hadith 348)
Semoga Allah memberi hidayahNya untuk istiqamah memelihara solat jamaah, mengampunkan segala dosa dan kekurangan.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Post Navigation