Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Nikah Mut`ah

Soalan: Akm, apakah hukum nikah mut`ah? Apakah hukum anak yang lahir dari nikah mut’ah? Jawapan: Berlaku khilaf di kalangan ulama muslimin tentang nikah mut’ah.

(i). Nikah mut`ah menurut jumhur ulama mujtahidun telah dimansuhkan dalam Islam yakni telah diharamkan. Apabila berlaku dan terhasil anak dari nikah mut`ah, maka anak itu anak yang sah, anak HALAL,  bukan anak zina, dinasabkan kepada bapanya dan mewarisi hartanya menurut kesepakatan ulama 4 mazhab.

(ii). Sestengah ulama mengesahkan nikah mut’ah. Dikatakan bahawa antara yg mengharuskan mut’ah ialah Ibn ‘Abbas (ketika darurat), Jabir ibn ‘Abdillah, ‘Imran ibn Husoyn, Sa’id ibn Jubayr, Ibn Mas’ud (sekiranya dlm perang), Abu Zarr (mengatakan hanya utk sahabat Nabi), Mu’awiyah. Dari kalangan tabiin ‘Ata’, Tawus, Ibn Jubayr, Isma’il al-Suddi dan pengikut2 mereka juga Ibn Jurayj al-Makki serta Ulama’ Ahli Makkah.

Dalil Pengharaman Nikah Mut’ah Cukup dengan riwayat Sabrah ibn Ma’bad r.a., Rasululluh saw berkata,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، إِنِّي قَدْ كُنْتُ أَذِنْتُ لَكُمْ فِي الِاسْتِمْتَاعِ مِنَ النِّسَاءِ ، أَلَا وَإِنَّ اللَّهَ قَدْ حَرَّمَهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ، فَمَنْ كَانَ عِنْدَهُ مِنْهُنَّ شَيْءٌ ، فَلْيُخَلِّ سَبِيلَهَا ، وَلَا تَأْخُذُوا مِمَّا آتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا ” .

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah mengizinkan kalian bersedap2 (nikah mut’ah) dengan para. Ketahuilah bahawa  Allah telah mengharamkannya hingga hari Qiyamat. Sesiapa yang masih ada padanya mana2 wanita mut’ah maka lepaskanlah, dan jgn kamu ambil sedikit pun dari mahar yg telah kamu berikan kepada mereka.”

Sahih Muslim, Kitab al-Nikah, no 2510. Ibn Majah 1962, Abu Dawud, Ibn Abi Shaybah, Ibn al-Jarud, ‘Abd al-Razzaq, al-Humaydi, Ahmad, al-Darimi, al-Tabari dan al-Bayhaqi.

‘Ali ibn Abi Talib r.a. berkata, Sesungguhnya Rasulullah saw telah mengharamkan nikah mut’ah ketika Perang Khaybar, dan memakan daging keldai kampung. HR al-Bukhari, Muslim dan al-Tabari.

Bagaimana rukun nikah Mut’ah?

Melalui pemerhatian, dalam Zahir nas, nikah mut’ah sahabat dalam perang menunjukkan nikah itu hanya mahar tanpa menyebut dua saksi dan wali.

Dalam Tafsir al-Tabari disebutkan bahawa nikah mut’ah itu dengan dua saksi, mahar, aqad dan kezinnan wali. Dalam Taqrib al-Khalidi (jld 2, ms 560), tidak disebut keizinan wali, hanya dua saksi, syarat tempoh tertentu.?

Fatwa Ibn ‘Abbas tentang Mut’ah.

Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu mempunyai tiga pendapat tentang hukum mut’ah.

1. • Membolehkannya secara mutlak.
Disebutkan dari ‘Atha`, beliau mendengar Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu berpendapat bahawa nikah mut’ah boleh …[  HR Mushannaf, Abdurrazzaq (14022) ]

2. • Membolehkannya dalam keadaan darurat. Riwayat ini yang paling masyhur dari beliau.
Antaranya riwayat dari Ubaidillah [34] : “Bahawa ‘Abdullah bin ‘Abbas berfatwa tentang mut’ah. Para ahli ilmu mencelanya kerananya, akan tetapi beliau tidak berganjak dari pendapatnya, hingga para ahli syair melantunkan syair tentang fatwanya :

Wahai kawan, kenapa engkau tidak melakukan fatwa Ibnu ‘Abbas?
Apakah engkau tidak mahu dengan si perawan montok, dan seterusnya …

Maka berkata Ibnu ‘Abbas: “Bukan itu yang aku maksudkan, dan bukan begitu yang aku fatwakan. Sesungguhnya mut’ah tidak halal, kecuali bagi yang terpaksa. Ketahuilah, bahawa ia tidak ubahnya seperti makan bangkai, darah dan daging babi”. (Ucapan Ibnu Abbas di atas disebutkan oleh al Baihaqi di dalam Sunan-nya (7/205).

3. • Melarangnya secara mutlak, akan tetapi riwayat ini lemah. [35]

Pandangan ULAMA TENTANG FATWA IBNU ‘ABBAS RADHIYALLAHU A’NHU
• Tanggapan Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhu.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Salim mawla Ibnu ‘Umar, ia berkata :
Dikatakan kepada Ibnu Umar: “Ibnu Abbas memberi keringanan terhadap mut’ah”. Beliau (Ibnu ‘Umar) berkata,”Aku tidak percaya Ibnu Abbas mengucapkan itu.” Mereka berkata,”Benar, demi Allah, beliau telah mengucapkannya,” lalu Ibnu Umar berkata,”Demi Allah, dia tidak akan berani mengucapkan itu pada masa Umar. Jika dia hidup, tentu dia hukum setiap yang melakukannya. Aku tidak mengetahuinya, kecuali (mut’ah) itu adalah perbuatan zina.” HR ‘Abdur Razaq dlm Musannaf-nya (14020) dengan sanad sahih. Lihat Jami` Ahkam al-Nisaa’ (3/199).

al-Khattabi berkata,”Ibn ‘Abbas membolehkannya bagi orang yang terdesak, kerana lamanya membujang, dan kurangnya kemampuan. Lalu beliau berhenti dari fatwa tersebut (iaitu rujuk) [ HR ‘Abdur Razaq dlm Musannaf-nya (14020) dengan sanad sahih].” Hal yang sama juga disampaikan oleh Ibnul Qayyim.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: