Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Hujah Imam Abu Hanifah r.a

SOALAN: A’km, apakah hujah2 Abu Hanifah ketika memfatwakan fatwanya?

JAWAPAN: Dalam mazhab hanafi yg kontroversi, perempuan harus dan sah mewalikan dirinya sendiri (menikahkan dirinya sendiri) dengan syarat2 yg agak ketat. Antaranya lelaki yg sekufu, mahar mithl, dan 2 saksi. Perempuan berkata, (Saya kahwinkan diriku kepada kamu mengikut kitabullah dan sunnah RAsulullah) lelaki menjwb, “saya terima”, atau lelaki yg melafazkan ijab: “Kahwinilah saya dengan mahar sekian…” lalu perempuan menjawab qabul: “Saya terima (qabiltu).”
Atau si perempuan mewakilkan aqadnya kepada mana2 lelaki yang salih, faqih dan thiqah.

Hujah2 Mazhab al-Imam Abu Hanifah r.a.

i. Hadith wali daif
al-Imam Abu Hanifah r.a. mengganggap hadith2 wali adalah daif lalu tidak mewajibkan wali bagi seseorg muslimah sama ada dara atau janda.
Al-Imam Muhammad ibn ‘Ali al-Shawkani dalam Nayl al-Awtar mengatakan bahawa hadith ini tidak sunyi dari pertikaian iaitu dari segi bersambung atau terputus sanad. Dua orang ulama terbesar dalam ilmu hadith iaitu Sufyan al-Thawri dan Shu`bah ibn al-Hajjaj mengatakan hadith ini mursal. Terdapat seorang perawi bernama Abu Ishaq al-Hamdani seorang yang thiqah tetapi mudallis seperti yang disebut oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Dalam riwayat al-Bayhaqi semua perawinya adalah thiqah tetapi hanya mawquf pada Abu Hurayrah. Dalam riwayat Ahmad ibn Hanbal, Ibn Majah dan al-Tabarani terdapat seorang perawi bernama al-Hajjaj ibn Arta’ah seorang daif dan mudallis. Ibn Hanbal berkata hamper semua riwayatnya mempunyai ziyadah, Ibn al-Madini meninggalkannya. Abu Hatim al-Razi berkata beliau saduq tetapi yudallis dari du`afa’.

ii. Hujah hadith sahih
Lantaran itu, al-Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa wali tidak diambil kira secara mutlak (kerana hadith2 wali tidak sahih) dan tidak perlu keizinan wali berdasarkan hadith sahih bermaksud, “Wanita yang tidak bersuami itu (al-ayyim) lebih berhak terhadap dirinya dari walinya.” Riwayat al-Jama`ah kecuali al-Bukhari. Ayyim menurut bahasa iaalh stp wanita yg tidak bersumi samada dara atau janda. Yakni dengan syarat ia mengahwinkan dirinya dengan lelaki yang sekufu.
Sekiranaya hadith2 wali adalah sahih, maka ianya hanya khusus untuk wanita yg masih kecil belum baligh dan wanita gila. Adapun muslimah yg telah baligh, maka ia berhak mewalikan dirnya sendiri (haqq al-tasarruf). Beliau dan pengikutnya dari kalngan ulama hanfiyyah mentafsirkan hadith Tiada nikah melainkan dgn wali sebagai tidak sempurna nikah , bukan tidak sah nikah.

iii. Zahir ayat-ayat al-Quran
Al-Imam Abu Hanifah berhujah dgn zahir ayat2 al-Quran yg menyatakan perempuan itu menikahkan dirinya sendiri iaitu 230, 232 dan 234 surah al-Baqarah.
Abu Hanifah mengangggap zahir nas al-Quran itu amat kuat dan tidak boleh ditakhsis atau ditafsil oleh hadith al-Ahad. Beliau hanya menerima hadith mutawatir atau mashhur yang tidak dipertikaikan. Abu Hanifah menolak hadith al-Zuhri di atas kerana apabila al-Zuhri ditanya tentang hadith tersebut beliau tidak mengetahuinya dan menafikan bahawa beliau meriwayatkannya. Dalam sanad hadith riwayat Ibn Majah pula ada seorang pendusta bernama Jamil ibn Hasan al-‘Ataki.

iv. Hujah qiyas
Al-Imam Abu Hanifah dan Ulama al-Hanafiyyah juga berhujah dengan qiyas iaitu apabila wanita bebas dalam aqad jual beli dan aqad urusan-urusan lain, maka mereka juga bebas secara mutlak tentang aqad perkahwinan mereka. Ini kerana tiada perbezaan antara satu aqad dengan aqad yang lain. Mereka juga mengqiyaskan wanita dengan lelaki dalam mewalikan diri sendiri setelah aqil baligh. Menghalang wanita yg baligh dan aqil mengahwinkan dirinya dgn mana2 lelaki yg sekufu adalah bersalahan dgn prinsip2 Islam yg asas (qawa`id al-Islam al-‘ammah). Lihat al-Mabsut, Sharh Fath al-Qadir, Bada’i al-Sana’ei, Hashiyah Radd al-Muhtar, al-Bahr al-Ra’iq, al-Shawkani dalam Nayl al-Awtar.
Al-Hafiz Ibn Abi Shaybah meriwayatkan dgn 2 sanad yg sahih dr al-Zuhri dan al-Sha’bi ttg nikah tanpa wali, keduanya berkata, Sekiranya dengan lelaki sekufu ia adalah harus (sah).

v. Qawa`id al-Islam al-‘Ammah al-Kulliyyah.
Al-Qawa`id ialah dasar dan prinsip islam menegaskan 2 perkara. Pertama, Wanita muslimah merdeka adalah bebas tidak patut al-hajr keatasnya spt safih majnun dan hamba. Kedua, raf’ al-darar krn adakalanya wali dan hakim tidak terlepas dr kezaliman. Shaykh ‘Abd al-Rahman al-Jaziri al-Azhari, al-Fiqh ‘Ala al-Madhahib al-Arba`ah.

Al-Hafiz ‘Abd Arrazzaq meriwayatkan bhw Ibn Jurayj berntanya ‘Ata’ ttg wanita muslimah bernikah tanpa keiznan walinya sedangkan walinya wujud. Kata ‘Ata’, sah kerana ia memiliki dirinya dengan wujudnya saksi-saksi.”
Antara ulama muasirun yang menyokong ialah al-Imam Muhammad Abu Zahrah, Muhammad al-Ghazali, al-Zarqa’, Sa`id Hawwa,Dr Ali Jumu’ah Mufti Mesir.
Tetapi memakai mazhab ini menimbulkan masalah yg tidak sedikit kerana pemerintah, JPN dan majlis agama sangat rigid, kuno dan ketat dalam urusan2 prosedur dan pengiktirafan.
Sudah sampai masanya JPN memudahkan urusan2 pentadbiran mrk dalam pengiktirafan dan pendaftaran, sebagaimana perlu mereka memudahkan urusan poligami yg sangat diperlukan umat.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: