Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Hujah Nikah Imam Abu Hanifah r.a

SOALAN:

A’km, apakah hujah2 Imam Abu Hanifah ketika memfatwakan fatwanya  mengharuskan nikah tanpa wali iaitu pengantin wanita mewalikan dirinya sendiri? Adakah Nikah Hanafi sesuatu yang batil atau bid’ah?

Siti, Rembau.


JAWAPAN:

Dalam mazhab hanafi, perempuan harus dan sah mewalikan dirinya sendiri. Pernikahan ini cukup masyhur dalam mazhabnya.

Antara Hujah2 Mazhab al-Imam Abu Hanifah r.a. dalam mengharuskan nikah seperti itu ialah

i. Hadith wali daif
al-Imam Abu Hanifah r.a. mengganggap hadith2 wali adalah daif lalu tidak mewajibkan wali bagi seseorg muslimah sama ada dara atau janda.
Al-Imam Muhammad ibn ‘Ali al-Shawkani dalam Nayl al-Awtar mengatakan bahawa hadith ini tidak sunyi dari pertikaian iaitu dari segi bersambung atau terputus sanad. Dua orang ulama terbesar dalam ilmu hadith iaitu Sufyan al-Thawri dan Shu`bah ibn al-Hajjaj mengatakan hadith ini mursal. Terdapat seorang perawi bernama Abu Ishaq al-Hamdani seorang yang thiqah tetapi mudallis seperti yang disebut oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Dalam riwayat al-Bayhaqi semua perawinya adalah thiqah tetapi hanya mawquf pada Abu Hurayrah. Dalam riwayat Ahmad ibn Hanbal, Ibn Majah dan al-Tabarani terdapat seorang perawi bernama al-Hajjaj ibn Arta’ah seorang daif dan mudallis. Ibn Hanbal berkata hamper semua riwayatnya mempunyai ziyadah, Ibn al-Madini meninggalkannya. Abu Hatim al-Razi berkata beliau saduq tetapi yudallis dari du`afa’ (menyembunyikan nama-nama perawi daif).

ii. Hujah hadith sahih
Lantaran itu, al-Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa wali tidak diambil kira secara mutlak (kerana menurut beliau hadith-hadith wali tidak sahih) dan tidak perlu keizinan wali berdasarkan hadith sahih bermaksud, “Wanita yang tidak bersuami itu (al-ayyim) lebih berhak terhadap dirinya dari walinya.” Riwayat al-Jama`ah kecuali al-Bukhari. Ayyim menurut bahasa ialah stp wanita yg tidak bersuami samada dara atau janda. Yakni dengan syarat ia mengahwinkan dirinya dengan lelaki yang sekufu. Menurut Abu Hanifah,
Sekiranya hadith2 wali adalah sahih, maka ianya hanya khusus untuk wanita yg masih kecil yang belum baligh dan wanita gila. Adapun muslimah yg telah baligh, maka ia berhak mewalikan dirnya sendiri (haqq al-tasarruf). Beliau dan pengikutnya dari kalangan ulama hanafiyyah mentafsirkan hadith (Tiada nikah melainkan dengan wali) sebagai tidak sempurna nikah , bukan tidak sah nikah. (Menurut al-Nawawi Dalam Sharh Sahih Muslim, al-ayyim dalam hadith ini bermaksud janda sahaja dan dara tidak dikira al-ayyim).

iii. Zahir ayat-ayat al-Quran
Al-Imam Abu Hanifah berhujah dgn zahir ayat2 al-Quran yg menyatakan perempuan itu menikahkan dirinya sendiri iaitu ayat 230, 232 dan 234 surah al-Baqarah.
Abu Hanifah mengangggap zahir nas al-Quran itu amat kuat dan tidak boleh ditakhsis atau ditafsil oleh hadith al-Ahad. Beliau hanya menerima hadith mutawatir atau mashhur yang tidak dipertikaikan. Abu Hanifah menolak hadith al-Zuhri di atas kerana apabila al-Zuhri ditanya tentang hadith tersebut, beliau tidak mengetahuinya dan menafikan bahawa beliau meriwayatkannya. Dalam sanad hadith riwayat Ibn Majah pula ada seorang pendusta bernama Jamil ibn Hasan al-‘Ataki.

iv. Hujah qiyas
Al-Imam Abu Hanifah dan Ulama al-Hanafiyyah juga berhujah dengan qiyas iaitu apabila wanita bebas dalam aqad jual beli dan aqad urusan-urusan lain, maka mereka juga bebas secara mutlak tentang aqad perkahwinan mereka. Ini kerana tiada perbezaan antara satu aqad dengan aqad yang lain. Mereka juga mengqiyaskan wanita dengan lelaki dalam mewalikan diri sendiri setelah aqil baligh. Menghalang wanita yang baligh dan aqil mengahwinkan dirinya dgn mana2 lelaki yg sekufu adalah bersalahan dgn prinsip2 Islam yg asasi (qawa`id al-Islam al-‘ammah).
Al-Hafiz Ibn Abi Shaybah meriwayatkan dgn dua sanad yang sahih dari al-Zuhri dan al-Sha’bi ttg nikah tanpa wali, bhw kedua-duanya berkata, “Sekiranya dengan lelaki sekufu, maka ia adalah harus (sah).”

v. Qawa`id al-Islam al-‘Ammah al-Kulliyyah.
Al-Qawa`id ialah dasar dan prinsip islam menegaskan 2 perkara. Pertama, Wanita muslimah merdeka adalah bebas tidak patut berlaku al-hajr (sekatan) ke atasnya spt safih, majnun dan hamba. Kedua, raf’ al-darar krn adkalanya wali dan hakim tidak terlepas dr kezaliman. Shaykh ‘Abd al-Rahman al-Jaziri al-Azhari, al-Fiqh ‘Ala al-Madhahib al-Arba`ah.

Al-Hafiz ‘Abd Arrazzaq meriwayatkan bahawa Ibn Jurayj bertanya ‘Ata’ tentang wanita muslimah bernikah tanpa keizinan walinya sedangkan walinya wujud. Kata ‘Ata’, sah kerana ia memiliki dirinya dengan wujudnya saksi-saksi.”
Antara ulama muasirun yang menyokong ialah al-Imam Muhammad Abu Zahrah, Muhammad al-Ghazali, al-Zarqa’, Sa`id Hawwa,Dr Ali Jumu’ah Mufti Mesir.

Apabila berlaku nikah seperti ini, para mufti hendaklah bersikap terbuka, cermat, dan lembut bagi menyelesaikan perkara seumpama menarik rambut dari himpunan tepung. Mrk jgn bersikap keras, gopoh, mengugut seolah2 tidak mengetahui kepelbagaian mazhab2 dalam Islam. Perkara ini bukanlah terlalu besar bahkan ada jalan penyelesaiannya spt yg disebut oleh Prof al-Qaradawi.

Menurut al-Nawawi dlm Minhaj al-Talibin, nikah tanpa wali mewajibkan mahr mithl shj bukan hudud.

قال في المنهاج: لا تزوج المرأة نفسها ولو بإذن من ويلها، ولا تزوج غيرها بولاية أو بوكالة عن الولي، والوطء في نكاح بلا ولي يوجب مهر المثل لا الحد. راجع: المنهاج وشروحه: تحفة المحتاج (7/ 236)، ونهاية المحتاج (6/ 224)، ومغني المحتاج (4/ 234).

Bagi wanita yg tidak mempunyai wali maka jumhur mengatakan bhw sultan atau wakilnya mesti mewalikannya (spt mufti, qadhi atau imam masjid). Ini pendapat al-Hasan. Ibn Sirin berkata, mana2 lelaki muslim yg layak boleh mewalikannya.

Single Post Navigation

2 thoughts on “Hujah Nikah Imam Abu Hanifah r.a

  1. Berhati2 membuat tuduhan qazaf fulan berzina, fulan bin fulan bersekeduakan, anda telah menggugurkan pahala ibadat 100tahun.
    Mungkin dia nikah mazhab hanafi yg siap dgn mahar, saksi dan aqad. Mungkin seseorg itu nikah Maliki sempurna segala syarat kecuali saksi tetapi diisytiharkan selepas nikah. Mungkin nikah mut’ah atau mis-yar.
    Semua jenis nikah ini adalah diiktiraf walau kamu tidak mengetahuinya. Meraiakn perbezaan mazhab2 dalam Islam, nikah ini bukan zina wahai si tolol.

  2. Kamu menuduh dengan liwat dan zina wahai fussaq , adakah kamu melihat dengan mata kepala ? (sekiranya kamu melihat sekalipun, kamu wajib menyembunyikannya dan menasihatinya agar bertaubat secara diam2).
    Adakah kamu mempunyai 4 orang saksi yg tidak fasiq?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: