Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Cinta Mukmin

Muhammad ibn Wasi` al-Basri seorang tabi’i, abid, faqih, mujahid, berpuasa sepanjang hayat. Ia berkata,

“Apabila seseorang hamba datang kepada Allah dengan sepenuh hatinya, maka Allah menjadikan hati orang-orang beriman datang kepadanya (mencintainya).”

Bagaimana mencintai Allah dan agar dicintai Allah? Antara cara mencintai ALlah ialah;
1. mengingati betapa banyaknya nikmat Allah dan mensyukurinya
“Cintalah Allah kerana Dia mencurahkan kepada kamu nikmat2Nya (zahir dan batin)” HR al-Tirmidhi.
2. mencintai orang2 yg dicintai Allah iaitu para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan salihin, berdoa meminta CintaNYA, agar mencintai amal2 salih yg menyampaikan kepada cintaNYA
3. banyak berzikir menyebutNya dan mengingatiNya. “Sesiapa yang banyak mengingati Allah, nescaya Allah mencintainya.”
4. beramal dan berakhlaq spt orang yang dicintai Allah dalam al-Quran spt sabar, taqwa, tawakkal, bersuci, jihad, perang, tawadhu’ kpd orang2 beriman, keras kepada orang2 kafir, wala’ kepada orang beriman, adil lagi jujur, ihsan (tawhid, ibadah, ikhlas dan takut kepadaNya), banyak bertaubat, iman dan wara’, amanah, memelihara lidah dari kata2 yg buruk, suka memaafkan, tidak mengharamkan yang halal, tidak mengubah ayat2 Allah, menghukum dengan adil, ihsan kpd ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang2 miskin, jiran yang dekat, istei, rakan sejawatan, ibn sabil, hamba
dan lain2
Allah SWT berkata,
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالا فَخُورًا
al-Nisa’ 36.
Allah berkata dalam al-Ma’idah 42;
سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

melakukan amal2 fardhu dan nawafil, memuliakan waliNya, al-nush wa al-sidq (jujur kepadaNya). Berkata Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari, “Matlab al-‘arifina min Allah Ta’ala al-sidq fi al-‘ubudiyyah…”

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: