Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Bagaimana Membaca al-Quran?

Nabi saw, para sahabat, tabiin dan pengikut-pengikut tabiin amat menjaga wirid dan hizib al-Quran mereka beserta solat malam mereka. Memelihara sunnah ini dapat menghapuskan dosa, memberi ketenagan hati, kebahagiaan hakiki, pahala yang banyak, mendapat maghfirah, memasukkan ahlinya ke dalam syurga.

Para imam memandang makruh meninggalkan khataman al-Quran melebihi 40 hari seperti Ishaq ibn Rahawayh. Abu Hanifah mengatakan wajib mengkhatamkan al-Quran sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Al-Imam Abu Dawud al-Sijistani dalam al-Sunan meriwayatkan dengan sanadnya dari ‘Abdullah ibn ‘Amr bahawa Nabi saw bersabda “Bacalah al-Quran dalam sebulan. Bacalah dalam 20 hari. Bacalah dalam 15 hari. Bacalah dalam 10 hari. Bacalah dalam 7 hari dan jangan lebih cepat dari itu. (Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab Shahr Ramadan, Abwab Qira’at al-Qur’an wa Tahzibih wa Tartilih, Bab Fi Kam Yuqra’ al-Qur’an, hadith 1388).

Dalam takhrij Abu ‘Isa al-Tirmidhi, “…khatamkanlah dalam lima hari.” Hasan sahih. Ini bermakna membaca 6 juz sehari.

Dalam hadith Nabi bersabda, “Bacalah dalam 40 hari.” (Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab Shahr Ramadan, Bab Tahzib al-Quran, hadith 1395, ‘Amman: Bayt al-Afkar al-Dawliyyah).

Mengkhatamkan al-Quran dalam masa 40 hari bermakna wirid Qurani seseorang sahabat itu ialah 1 juz 4 maqra’, atau lebih. Mengkhatamkan al-Quran dalam 30 hari bermakna membaca 1 juz sehari. Khatam dalam masa 20 hari bemakna membaca 1 setengah juz. Khatam dalam 15 hari bermakna membaca 2 juz sehari.

Zayd ibn Thabit r.a. membaca dalam 7 hari (iaitu membaca 4 juz lebih sehari), 2 juz sehari dan 3 juz sehari. Seorang lelaki bertanya, “Mengapa? (iaitu mengapa sedikit?)” Zayd menjawab, “Supaya saya mentadabburkannya. (al-Imam Malik, Muwatta’, ).

Subhanallah! Golongan salaf menganggap 3 juz sehari sedikit!!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: