Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Bagaimana Melintasi Sirat

A’km Ust, apakah amalan-amalan yang menyelamatkan kita untuk melintasi Titian Sirat di Akhirat?

Jawapan. Alhamdulillah. Anatara amalan yang menlematkan kita di titian sirat ialah

1. Melazimi solat jamaah di masjid
Abu al-Darda’ radiyallahu ta`ala ‘anh berkata, saya mendengar Rasul saw bersabda,

الْمَسْجِدُ بَيْتُ كُلِّ تَقِيٍّ ، تَكَفَّلَ اللهُ لِمَنْ كَانَ الْمَسْجِدُ بَيْتَهُ بِالرَّوْحِ وَالرَّحْمَةِ وَالْجَوَازِ عَلَى الصِّرَاطِ إِلَى رِضْوَانِ اللهِ إِلَى الْجَنَّةِ.

“Sesungguhnya masjid-masjid adalah rumah orang-orang bertaqwa. Sesiapa yang menjadikan masjid sebagai rumahnya, Allah menjamin baginya dengan rawh dan rahmat (ketika mati), dan berjaya melepasi titian sirat menuju redha Allah ke syurga.”

2. Sentiasa Mengajarkan sunnah Nabi saw
Mengajarkan sunnah Nabi saw, hokum-hukum Allah dan Nabi saw, tidak mencipta bid`ah dngan akal yang dangkal. Al-Hafiz Abu Nasr al-Wa’ili, dalam kitab al-Ibanah, dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw berkata kepadaku, “Ajarilah manusia akan sunnahku, walau mereka membenci demikin itu. Sekiranya kamu mahu agar tidak ditahann di titian sirat walau sekelip mata, sehingga kamu masuk syurga, maka jangan kamu merekakan bid’ah dalam agama Allah dengan pandanganmu sendiri.”

3. Banyak bersedakah dengan jujur, membantu janda.
Al-Hafiz Abu Nu`aym, dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang membaikkan sedekah (banyak bersekah, ikhlas dan menyembunyikannya), di dunia ia akan berjaya melintasi sirat. sesiapa yang membantu keperluan janda, Allah menggantikan dalam warisannya.”

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: