Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Yaasiin Ayat 1-4

Bismillaahirrahmaanirrahiim…

“Ya sin” (1)

Ya dibaca 2 harakat dan sin dibaca 6 harakat. Ibn ‘Abbas berkata, Ya sin maknanya ialah `wahai insan’. Ada pendapat mengatakan bahawa Ya sin adalah salah satu daripada nama Nabi Muhammad SAW. Abu Bakr al Warraq mengatakan makna Ya sin ialah `wahai pemimpin manusia’. Berkata Ibn al-Hanafiyyah dan Dahhak, maknanya `wahai Muhammad’. Allah sahajalah yang lebih mengetahui maknanya dan kita hanya beriman dengan kitabNya.

“Demi Al-Quran yang mengandungi hikmah-hikmah” (2)

Allah telah bersumpah dengan Al-Quran bahawa ianya adalah kitab yang dibaca, bersifat penuh hikmah bagi orang yang suka meneliti Al Quran. Al-Hakim juga bermaksud kitab Al Quran ini tidak didatangi kebatilan dan kecacatan dalam susunan bahasanya, penuh hikmah, menjelaskan halal dan haram, suruhan dan larangan, sejarah, pengalaman dan perumpamaan. Tetapi hanya orang yang `alim dan faqih dalam Bahasa Arab sahajalah yang dapat memahaminya. Ahli hikmah dan ahli ilmu sahajalah yang mahu menilai dan menghargai sesuatu yang penuh hikmah.

Di sini jelas kewajipan mempelajari Bahasa Arab sebagai wasilah memahami al Quran. Bersabda Nabi SAW, “Ya sin adalah hati al Quran, sesiapa yang membacanya kerana mencari keredhaan Allah dan hari akhirat, diampunkan dosanya. Bacalah surah Ya sin untuk orang yang akan mati”. Riwayah al-Imam Ahmad, al-Nasa’i dari Ma’qil ibn Yasar. Diberitakan bahawa sekiranya dibacakan surah Ya sin untuk orang yang sedang nazak nescaya dimudahkan ruhnya untuk keluar…

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad benar-benar seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus” .(3)

Firman Allah SWT, sesungguhnya engkau wahai Muhammad, benar-benar seorang Rasul yang diutuskan, membawa dan menyampaikan wahyu Allah, bukan mereka-reka cerita. Ibn ‘Abbas berkata ayat ini sebagai jawapan terhadap tuduhan orang-orang kafir Quraisy yang mengatakan, `Wahai Muhammad, engkau bukanlah Rasul yang diutuskan!’

“Di atas jalan yang lurus”.(4)

Allah SWT mensifatkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dengan jalan yang lurus yang dapat menyelamatkan orang yang melaluinya dan dapat membahagiakannya. Jadi, apa sahaja yang kita lakukan mestilah berlandaskan agama Allah, agama yang lurus, bukan hawa nafsu, adat-adat jahiliyyah atau fikiran sendiri. Malangnya manusia kini lebih mengutamakan adat lebih dari syariat Allah. Syariat Allah tidak pernah mendapat tempat dalam masyarakat dan dunia moden kini.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: