Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Hukum Menyentuh al-Qur’an Tanpa Wudhu’

HUKUM MENYENTUH ATAU MEMEGANG AL-QUR’AN BAGI ORANG JUNUB, WANITA HAID DAN NIFAS.
Menurut tuan guru kami, pakar tafsir Prof Dr Solah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi (Jordan), harus menyentuh al-Quran tanpa wudhu’, bagi wanita haid atau nifas dan orang berjunub, Cuma lebih afdal sekiranya berwudhu’. Ini bermaksud menyentuh al-Quran tanpa wudhu’ tidaklah haram. Antara yang berpendapat demikian ialah segolongan ulama tabi’in al-Hasan al-Basri, Ibn Sirin, al-Imam Dawud al-Zahiri, al-Bukhari, Ibn Hazm, Al-Shawkani dan Ibn al-Wazir.
1.Tidak ada satupun dalil yang melarang menyentuh atau memegang al-Qur’an bagi orang junub, perempuan haid dan nifas. Allahumma, kecuali mereka yang melarang atau mengharamkan berdalil dengan firman Allah Azza wa Jalla.
“Tidak ada yang menyentuh (Al-Qur’an) kecuali mereka yang telah disucikan” [Al-Waqi’ah : 79]
Yang sahih, yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah : Tidak ada yang dapat menyentuh Al-Qur’an yang ada di Lawh Mahfuz sebagaimana ditegaskan oleh ayat yang sebelumnya (ayat 78) kecuali para Malaikat yang telah disucikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Demikian tafsir dari Ibnu ‘Abbas dan lain-lain sebagaimana telah diterangkan oleh al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirnya. Bukanlah yang dimaksud bahawa tidak boleh menyentuh atau memegang Al-Qur’an kecuali orang yang bersih dari hadath besar dan hadath kecil. Kalau betul demikian maksudnya tentang firman Allah di atas ertinya menjadi : Tidak ada yang menyentuh Al-Qur’an kecuali mereka yang suci/bersih, yakni dengan bentuk faa’il (subjek/pelaku) bukan maf’ul (objek). Kenyataannya Allah berfirman : Tidak ada yang menyentuhnya (Al-Qur’an) kecuali mereka yang telah disucikan yakni dengan bentuk maf’ul (objek) bukan sebagai faa’il (subjek).
2.Mereka yang melarang menyentuh al-Quran tanpa wudhu’ berdalil dengan hadith,
(( لا يمس القرآن إلا طاهر ))
“Tidak ada yang menyentuh Al-Qur’an kecuali orang yang suci.”
Hadith Sahih riwayat al-Daraqutni dari jalan ‘Amr bin Hazm. Dan dari jalan Hakim bin Hizaam diriwayatkan oleh al-Daraquthni, al-Hakim, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat dan lain-lain. Dan dari jalan Ibnu ‘Umar diriwayatkan oleh al-Daraqutni dan lain-lain. Dan dari jalan ‘Uthman ibn Abil ‘Aash diriwayatkan oleh al-Tabarani dlm al-Mu’jam al-Kabir dan lain-lain. [1]
Yang sahih, maksud hadith di atas ialah : Tidak ada yang menyentuh Al-Qur’an kecuali orang mu’min yang suci, kerana orang mu’min itu suci tidak najis sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis”. Berkata al-Albani dalam Tamam al-Minnah (ms 107), yang dimaksudkan ialah jangan membiarkan musyrik menyentuhnya.
Sahih, hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain dari jalan Abu Hurairah, ia berkata : “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menjumpaiku di salah satu jalan dari jalan-jalan yang ada di Madinah, sedangkan aku dalam keadaan junub, lalu aku menyingkir pergi dan segera aku mandi kemudian aku datang (menemui baginda), lalu baginda bersabda, “Kemana engkau tadi wahai Abu Hurairah?” Jawabku, “Aku tadi dalam keadaan junub, maka aku tidak suka duduk bersamamu dalam keadaan tidak bersih (suci)”. Maka Baginda saw bersabda, “Subhanallah! Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis.” (Dalam riwayat yang lain beliau bersabda, “Sesungguhnya orang muslim itu tidak najis”).
Bukanlah yang dimaksudkan dengan orang yang suci ialah suci dari hadath besar dan hadath kecil, kerana lafaz taahir dalam hadith di atas ialah satu lafaz yang mempunyai beberapa makna (musytarak) iaitu : Suci dari hadath besar, suci dari hadath kecil dan suci yang bererti orang mu’min. untuk menentukan salah satu dari tiga macam arti thaahir diatas harus ada qarinah (tanda dan alamat) yang membawa dan menentukan salah satunya. Apakah erti thaahir di atas maksudnya bersih dan hadats besar atau bersih dari hadath kecil atau mu’min?.

Untuk yang pertama dan kedua iaitu bersih dari hadath besar dan hadath kecil tidak ada satupun qarinah yang menetapkannya. [2]. Sedangkan untuk yang ketiga iaitu orang mu’min telah datang qarinah dari hadith sahih di atas iaitu sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis”, Yakni orang mu’min itu suci, kerana najis lawan dari suci, ketika Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menafikan (meniadakan) kenajisan bagi orang-orang yang beriman (mu’minun), maka mafhumnya ialah orang-orang yang beriman itu suci. Istimewa apabila kita melihat kepada sebab-sebab Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam (sabab wurudil hadith) bahawa orang mu’min itu tidak najis, iaitu kejadian pada diri Abu Hurairah yang sedang janabah dan tidak mahu duduk bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan anggapan bahawa dia sedang tidak suci!? Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menyalahkan anggapan tersebut dengan sabdanya : “Subhaanallah, sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis.”
[Dari buku Tiga Hukum Bagi Perempuan Haid Dan Junub (Menyentuh/Memegang Al-Quran; Membacanya Dan Tinggal Atau Diam Di Masjid, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat, Penerbit Darul Qolam]
Kesimpulan
Harus memegang al-Quran tanpa wudhu’, tidak haram, tetapi berwudhu’ lebih utama.
_________
Footnotes
[1]. Irwaa-ul Ghalil no. 122 oleh Shaykh Al-Albani. Beliau telah mentakhrij hadith di atas dan menyatakannya sahih. [2]. Kerana tidak datang satupun dalil yang melarang menyentuh atau memegang Al-Qur’an bagi orang yang junub, perempuan haid dan nifas.
Oleh
Al-Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat (diedit oleh Hareez Faqiir Ust Abu ‘Azzam)

Single Post Navigation

2 thoughts on “Hukum Menyentuh al-Qur’an Tanpa Wudhu’

  1. kesimpulanya boleh atau tidak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: