Antara Sebab Kelahiran dan Perutusan Nabi saw
Ust Abu ‘Azzam Abid b Muhammad Noor (Master of Shari’ah)
مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا , نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ رَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِهِ
Nabi saw bersabda, “Antara umatku yang paling mencintaiku ialah orang2 yang datang selepasku, mereka sangat ingin melihatku walau terpaksa mengorbankan seluruh keluarganya dan hartanya…” HR Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah.
Shaykh Muhammad al-Khudari menukilkan dalam Nur al-Yaqin dari Mahmud al-Falaki bahawa Nabi saw dilahirkan pada 9 Rabiul Awwal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571M.
Dalil Memuliakan Kelahiran Nabi saw, HR al-Bayhaqi dalam al-SUnan al-Kubra, Kitab al-Jumu’ah, hadith 7759, dari ABu Qatadah Rib’ei ibn Harith al-Ansari r.a.,
‘فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّه فَمَا تَقُولُ فِي صَوْمِ يَوْمِ الاثْنَيْنِ , فَقَالَ : ذَلِكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ وَأُنْزِلَ عَلَيَّ فِيهِ
‘Umar bertanya ttg puasa hari Isnin, Baginda bersabda, “Itu hari saya dilahirkan, dan diturun kepada saya al-Quran.” HR Muslim, Kitab al-Siyam, Ahmad dalam Musnad ‘Asharah. Ta’zim kelahiran Rasululah bersamaan dengan ta’zim nuzul al-Quran iaitu dengan berpuasa, bukan dengan perkara2 bid’ah.
Antara sebab utama perutusan Baginda Nabi saw sebagai Rasul ialah:-
1.Mengajak manusia dan jin agar mengkhususkan ibadah dan ‘ubudiyyah kepada Allah Yang Satu, mengenal rububiyyahNya, uluhiyyahNya, Nama-namaNya Maha Baik dan Sifat2Nya Yang Maha Tinggi (iman, tawhid dan ma’rifat Allah) berdasarkan basirah (wahyu dan ilmu yang jelas).
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan semata2 untuk mereka menyembah AKu.” (beriman, mentauhidkan AKu dan mengenaliKu) al-Zariyat:56
“…Bukankah Aku Tuhan kamu…?” (al-A’raf: ayat 172). Mengikhlaskan ‘ubudiyyah kpd Allah, menegakkan solat, memberikan zakat beragama dgn din al-qayyimah iaitu agama yang lurus., haji, umrah, nazar, sembelihan hanya untuk ALlah, hidup dan mati hanya untuk ALlah.
2.Memberi berita gembira dan peringatan agar manusia faham sebab penciptaan mereka di muka bumi, lantas tiada hujah lagi pada Hari Hisab dan Azab.
3.Mengajak meninggalkan taghut (sembahan2 palsu dari kalangan jin, syaitan, manusia dan benda2; bomoh2 dukun2)., menjauhkan taghut itu serta kufur kepada taghut.
4.Menegakkan khilafah di muka bumi iaitu iqamatuddin wa siyasat ad-dunya bih (menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama).
5.Bersiap sedia menghadapi Akhirat; Pertemuan dengan Allah, selamat dari azab Api Neraka Jahannam.
6.Membaca dan mengajarkan ayat2 Allah, mentazkiyah manusia, mengajarkan al-Kitab dan as-Sunnah demi menyelamatkan manusia dari kesesatan (syirik, bid’ah dan maksiat).
7.Rahmat iaitu kasih sayang untuk seluruh alam, manusia, jin, bintang dan benda2 mati, hatta jihad penuh dengan rahmat. al-Anbiya’ 107.
IMAN YANG SAHIH
1.Mengambil Allah, Rasul, dan orang2 beriman sebagai wali (pemimpin)., tidak mengambil orang2 kafir dan munafiq sebagai pemimpin dan kekasih. al-Ma’idah ayat 55-56, dan 81.
2.Menegakkan kitabullah (hukum syariah Allah), mendidik umat menegakkan solat dan menjauhi maksiat., atau tahkim (mengambil syariat al-Quran dan al-Hadith sebagai dustur (imam, perlembagaan, law; constitutions) dan qanun. Merujuk kpd al-Quran dan al-Hadith (hudud Allah) dalam stp urusan dan masalah. Inilah iman dan tauhid yang sahih lagi sempurna.
3.Tidak bercinta berkasih-kasihan dengan musuh2 Allah dan Rasul (Yahudi, Salibiyyun dan kuffar harbiyyun serta munafiqun) al-Mujadilah ayat 22.juz 28.
CARA2 MENCINTAI NABI SAW
1.Mencintai Allah dan Hari Akhirat (harap dan takut).
2.Berzikir mengingati Allah sebanyak2nya pg dan ptg, siang dan malam, dgn solat 5 waktu dan Jumaat, ketika senang dan susah, sihat dan sakit, di daratan dan di lautan.
3.Berselawat ke atas baginda saw, sekurang2nya 10 kali pagi dan 10 kali petang.
4.Mengikuti aqidah baginda saw (ahl sunnah bukan aqidah mu’tazilah jahmiyyah, murji’ah atau syiah), membaca hadith2 baginda dan sirah baginda saw.
5.Ittiba’ sunnah baginda ; iaitu beramal dengan sunnah baginda dan syariah yang dibawa.
6.Berdakwah kepada agama Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Besar, mengajak manusia menjauhi syirik besar dan kecil.
7. Menjadikan baginda manusia yang paling dicintai melebihi kasih kpd ibuayah, anak-anak, keluarga dan manusia seluruhnya, melebihi harta, perniagaan, dan rumah2 kediaman. Mengutamakan sunnah baginda mengatasi semua sunnah dan ajaran manusia.
DI AKHIRAT; NABI MEMBERI SYAFAAT.
1.Menghilangkan kesusahan huruhara di Bumi Mahsyar, mempercepatkan hisab
2.Membantu memberatkan Mizan seseorang muslim
3.Memberi syafaat dengan Telaga baginda
4.Memasukkan ahli syurga ke dalam syurga
5.Syafaat utk muslim masuk syurga tanpa hisab
6.Menyelamatkan muslim yang wajib terjun ke dalam Neraka Jahannam.
FB : Hareez Faqiir

