Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 9, 2009”

MAKNA Taghut

SOALAN

Akm wbt. Apakah makna taghut yang selalu disebut oleh ulama’ dan para ahli gerakan islam? Adakah pemimpin secular itu taghut? Apakah makna kufur kepada taghut?

Husaini, Ipoh.

JAWAPAN

Taghut dalam  bahasa Arab berasal dari perkataan tughyan bermaksud melampaui batas yakni stp manusia yang melampaui batas (Tafsir al-Baghawi, 1, 314). Kepentingan mengetahui tentang taghut amat besar kerana tanpa kufur kepada taghut, iman seseorang kepada Allah SWT tidak sah. Yakni serentak dengan keimanan kepada Allah, wajib menafika, bara’, mengingkari dan kufur kepada semua taghut. Inilah maksud kalimah La Ilaha illa Allah.

Terdapat beberapa tempat dalam al-Quran menyambut tentang taghut iaitu al-Baqarah ayat 256-257, al-Nisa’ ayat 60, ayat 76, al-Ma’idah ayat 60, al-Nahl ayat 36, al-Zumar ayat 17.
لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا هَؤُلاءِ أَهْدَى مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا سَبِيلا (النساء 51)

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْـزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْـزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلالا بَعِيدًا
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا
Ulama tafsir telah menyebutkan tentang tafsiran taghut. Antara makna taghut dalam syariah ialah

  1. Al-Kahin iaitu bomoh dan dukun jg stp yang mengatakan ia tahu perkara ghaib spt   ‘arraf
  2. (Sa’id Jubayr, Ibn Jurayj)

  3. Syaitan
  4. Tafsiran ‘Umar al-Khattab, Mujahid, al-Shab’bi, Qatadah, al-Dahhak dan al-Suddi (lihat al-Tabari, jld 5, ms 417). Berkata Ibn Kathir
    ومعنى قوله في الطاغوت: إنه الشيطان قوي جدًّا فإنه يشمل كل شر كان عليه أهل الجاهلية، من عبادة الأوثان والتحاكم إليها والاستنصار بها.
    “Tafsiran taghut dengan makna syaitan sgt kuat kerana ia meliputi semua kejahtan yang dilakukan oleh ahli jahiliyyah iaitu penyembhan berhala2, berhukum kepadannya dan meminta tolong/kemenanngan darinya.”
    li>Setiap pemimpin kesesatan dan bid`ah lg mengajak kpdnya

  5. Berhala
  6. Ahli sihir
  7. (Abu al-‘Aliyah)

  8. Setiap yang disembah selain Allah dan ia redha. Tafsiran Malik ibn Anas oleh Ibn ABi Hatim.
  9. Setiap pencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah (Lihat al-Imam al-Shawkani (1997), Fath al-Qadir, al-Mansurah: Dar al-Wafa’, jld 1, ms 471-473; Tafsir al-Imam Ibn Jarir al-Tabari; Tafsir al-Qurtubi; Tafsir Ibn Kathir).

al-Imam Abu Ja’far al-Tabari mengisnadnya dlm Jami’ al-Bayan (5/418 hadith 5845)
عن ابن جريج: ” فمن يكفر بالطاغوت “، قال: كهان تنـزل عليها شياطين، يلقون على ألسنتهم وقلوبهم = أخبرني أبو الزبير، عن جابر بن عبد الله، أنه سمعه يقول: – وسئل عن الطواغيت التي كانوا يتحاكمون إليها فقال-: كان في جهينة واحد، وفي أسلم واحد، وفي كل حي واحد، وهي كهان ينـزل عليها الشيطان.
dari Ibn Jurayj berkata tagut ialah kahhan (dukun bomoh) yang didatangi oleh syaitan2, yang melontarkan kesesatan kpd lidah2 dan hati mereka.
tagut2 yg dirujuk hukum kpd mrk ialah seorg di juhaynah, seorang dari kaum Aslam, seorg di setiap perkampungan, dan mrk ialah para bomoh yang didatangi syaitan2.
قال أبو جعفر: والصواب من القول عندي في” الطاغوت “، أنه كل ذي طغيان على الله، فعبد من دونه، إما بقهر منه لمن عبده، وإما بطاعة ممن عبده له، وإنسانا كان ذلك المعبود، أو شيطانا، أو وثنا، أو صنما، أو كائنا ما كان من شيء.
Berkata Abu Ja’far al-Tabari 5/419, Yang betul di sisi saya tentang makna taghut ialah yang melampaui batas terhadap Allah, lalu ia disembah selain ALlah, sama ada dengan kekuasaan (kekerasan) darinya terhadap yang menyembahnya, atau dengan ketaatan dari yang menyembahnya, sama ada yang dsembah itu manusia, syaitan, berhala, patung apa sahaja yang disembah selain Allah.

Pemimpin secular adalah taghut apabila memimpin berdasarkan system sesat atau jahiliyyah dan mencipta undang2 yang tidak diizinkan oleh Allah lalu ia redha dan mencari redha para pengikutnya. Pengikut2 mereka adalah pejuang dan penyembah taghut serta disebut dalam al-Quran sebagai wali-wali syaitan.
al-Qurtubi menukilkajn tafsiran al-Jawhari, yang mengatakan
قال الجوهري: والطاغوت الكاهن والشيطان وكل رأس في الضلال
taghut itu ialah al-kahin (bomoh dukun), syaitan dan setiap pemimpin dalam kesesatan (aqidah/pemikiran). al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran.

KEWAJIPAN2 TERHADAP taghut.

Pertama, Kufur kepada taghut bermaksud mengingkari ketuhanan dan menentang ketuanan semua taghut yg disembah dan ditaati selain Allah, menjauhinya dan meninggalkannya. Kemudian tidak bertahakum atau bertahkim, merujuk dan mengadu kepada taghut dalam setiap urusan dan masalah yang muncul dalam kehidupan. (Lihat Sa`id Hawwa, (1989) al-Asas Fi al-Tafsir, Dar al-Salam. Jld 1, tafsir al-Baqarah ayat 256).

Apabila kita telah merujuk kepada syariah Allah, al-Quran dan hadith dalam segenap aspek kehidupan, kita selamat dari taghut, insha Allah Ta`la. WalLahu a`lam.

Jemput Ke Blogsite Saya di…

Assalamualaikum semua pembaca budiman, lawatilah juga blog site Ustaz yang terbaru di ustazabid.wordpress.com. Semoga mendapat manfaat daripadanya.Sekian dimaklumkan.

Admin

Post Navigation