Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 6, 2009”

Hakikat Hafiz al-Quran

Hakikat Hafiz al-Quran

Fadl hafiz al Quran

Abu ‘Isa al-Tirmidhi mengisnadkan dari ‘Ali ibn Abi Talib ra, Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran lalu ia menghafaznya, kemudian menghalalkan yang halal di dalamnya, dan mengharamkan yang haram (dalam al-Quran), Allah memasukkannya ke dalam syurga dan membenarkan ia memberikan syafaat untuk 10 orang ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.” (hadith gharib).
Al-Hafiz al-Tirmidhi, al-Sunan, Kitab Fada’il al-Qur’an, Bab Fadl Qari’ al-Qur’an, hadith 2905, Riyadh: Dar al-Salam, ms 653.

Syarat memasuki syurga dan memberi syafaat dalam hadith ini ada beberapa perkara
1.Membaca
2.Menghafaz
3.Menghalalkan yang halal di dalamnya, dan mengharamkan yang haram (dalam al-Quran).

Syarat ketiga ini menunjukkan bukanlah hafazan semata-mata yang menjadikan ia dapat memberi syafatat, tetapi dengan menjadi faqih yang memahami isi kandungan al-Quran sehingga ia dapat menghalalkan yang halal di dalamnya, dan mengharamkan yang haram (dalam al-Quran) serta mewajibkan perkara yang diwajibkan oleh Allah SWT.

Yang dimaksudkan ialah qari’ hafiz yang berani, jelas dan tegas dalam hukum2 Allah, tentang solat, hudud, qisas, riba, amar ma`ruf nahi munkar, jihad dan semua ajaran syariah.

Jadi, perlu menguasai bahasa arab yang merupakan bahasa al-Quran, ilmu usul al-fiqh untuk mengetahui kaedah2 istinbat hukum, perlu mempelajari harfiyyah al-Quran dan tafsirnya. Ia perlu membaca dan mempelajari kitab-kitab tafsir fiqhi pelbagai mazhab.
Hanya dengan memenuhi semua syarat itu ia layak memberi syafaat di Akhirat, bukan semata-mata bacaan dan hafazan. Allahu a`lam.

2 Asas Pembinaan Diri, Masyarakat dan Negara

2 Rukun Islah Diri dan Masyarakat

Untuk islah (perbaiki) diri dan masyarakat ialah dengan

1.berpegang teguh sekuat-kuatnya dengan aqidah dan syariah al-Quran. Islah itu bermula dengan tashih aqidah yakni pembersihan hati.
2.menegakkan solat dengan segala adabnya, termasuk memelihara awal waktunya, wudhu’nya, jamaahnya, tuma’ninahnya dan khusyu’nya.

Membaiki masyarakat bukan dengan nyanyian, tarian, hiburan dan sukan2 yang menyalahi syariah.!

Firman Allah SWT, “Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan al-Kitab dan menegakkan solat, mereka itulah golongan yang melakukan islah, sesungguhnya Kami tidak mensia-siakan balasan golongan muslihin.” (al-A’raaf:170)

2 Rukun Islah Diri dan Masyarakat

Untuk islah (perbaiki) diri dan masyarakat ialah dengan

1.berpegang teguh sekuat-kuatnya dengan aqidah dan syariah al-Quran. Islah itu bermula dengan tashih aqidah yakni pembersihan hati.
2.menegakkan solat dengan segala adabnya, termasuk memelihara awal waktunya, wudhu’nya, jamaahnya, tuma’ninahnya dan khusyu’nya.

Membaiki masyarakat bukan dengan nyanyian, tarian, hiburan dan sukan2 yang menyalahi syariah.!

Firman Allah SWT, “Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan al-Kitab dan menegakkan solat, mereka itulah golongan yang melakukan islah, sesungguhnya Kami tidak mensia-siakan balasan golongan muslihin.” (al-A’raaf:170)

Hakikat Hafiz al-Quran

Fadl hafiz al Quran

Abu ‘Isa al-Tirmidhi mengisnadkan dari ‘Ali ibn Abi Talib ra, Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran lalu ia menghafaznya, kemudian menghalalkan yang halal di dalamnya, dan mengharamkan yang haram (dalam al-Quran), Allah memasukkannya ke dalam syurga dan membenarkan ia memberikan syafaat untuk 10 orang ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.” (hadith gharib).
Al-Hafiz al-Tirmidhi, al-Sunan, Kitab Fada’il al-Qur’an, Bab Fadl Qari’ al-Qur’an, hadith 2905, Riyadh: Dar al-Salam, ms 653.

Syarat memasuki syurga dan member syafaat dalam hadith ini ada beberapa perkara
1.Membaca
2.Menghafaz
3.Menghalalkan yang halal di dalamnya, dan mengharamkan yang haram (dalam al-Quran).

Syarat ketiga ini menunjukkan bukanlah hafazan semata-mata yang menjadikan ia dapat memberi syafatat, tetapi dengan menjadi faqih yang memahami isi kandungan al-Quran sehingga ia dapat menghalalkan yang halal di dalamnya, dan mengharamkan yang haram (dalam al-Quran) serta mewajibkan perkara yang diwajibkan oleh Allah SWT.

Yang dimaksudkan ialah qari’ hafiz yang berani, jelas dan tegas dalam hukum2 Allah, tentang solat, hudud, qisas, riba, amar ma`ruf nahi munkar, jihad dan semua ajaran syariah.

Jadi, perlu menguasai bahasa arab yang merupakan bahasa al-Quran, ilmu usul al-fiqh untuk mengetahui kaedah2 istinbat hukum, perlu mempelajari harfiyyah al-Quran dan tafsirnya. Ia perlu membaca dan mempelajari kitab-kitab tafsir fiqhi pelbagai mazhab.
Hanya dengan memenuhi semua syarat itu ia layak memberi syafaat di Akhirat, bukan semata-mata bacaan dan hafazan. Allahu a`lam.

Post Navigation